Bandar Stargate merupakan sebuah bandar baru yang terletak berhampiran Tandop dan terletak di Jalan Plaza Tol, Alor Setar. Pembangunan ini dijalankan oleh syarikat YIKED-DXN Stargate Sendirian Berhad,[1] iaitu merupakan usaha sama DXN Holdings Berhad dan Yayasan Islam Kedah (YIKED).[2]

Projek ini didirikan di tanah seluas 124 hektar. Projek bandar baru ini menyasarkan pembinaan sebanyak 319 buah unit kedai, 1336 buah rumah, dan pangsapuri kos rendah sebanyak 500 buah kediaman.[2] Dijalankan dalam lima fasa, projek pembinaan dimulakan pada tahun 2007 dan dijangka siap pada tahun 2014.[1]

Selain itu sebuah pasar raya besar Tesco yang diberi nama Stargate turut didirikan di sini dengan kos sebanyak RM50 juta.Selain itu, kampus sementera Kolej Universiti INSANIAH juga turut beroperasi disini .[3]

RujukanSunting

  1. ^ a b (Inggeris) "Our Profile". Dicapai pada 1 Februari 2011.
  2. ^ a b (Inggeris) "RM504m project to transform Alor Star". Dicapai pada 1 Februari 2011.
  3. ^ (Inggeris) "Tesco plans 3 more stores in Penang, Kedah". Dicapai pada 1 Februari 2011.