Bangunan Pejabat Presiden (Kyiv)
Bangunan Pejabat Presiden (Bahasa Ukraine: Будинок Секретаріату Президента) ialah sebuah tugu seni bina Kyiv, ibu negara Ukraine. Bangunan ini ialah pejabat utama bagi Pejabat Presiden Ukraine dan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Ukraine.
Bangunan Pejabat Presiden | |
---|---|
Будинок Секретаріату Президента | |
Maklumat umum | |
Jenis | Bangunan pentadbiran awam |
Gaya seni bina | Seni bina klasik dan Barok Ukraine |
Lokasi | 11, Bankova Street, Kyiv, 01220 |
Alamat | 11 Jalan Bankova |
Bandar/pekan | Kyiv |
Negara | Ukraine |
Koordinat | 50°26′40.4″N 30°31′43.94″E |
Penyewa terkini | - Pejabat Presiden Ukraine - RNBO |
Pembinaan bermula | 1936 |
Disiapkan pada | 1939 |
Pemilik | Daerah Ketenteraan Kyiv (1939-1941) Komisariat Jeneral Kyiv (1941-1943) Jawatankuasa Utama Parti Komunis Ukraine (1943-1991) Kerajaan Ukraine (1991-kini) |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Serhiy Grigoriev |
sunting · sunting di Wikidata |
Ia terletak di 11, Jalan Bankova dan pada mulanya ia sebuah pembinaan semula ibu pejabat bagi Daerah Ketenteraan Kyiv yang pernah dibina suatu ketika pada 1870-an mengikut rekaan Oleksandr Shile. Bangunan ini dianggap puncak kepada karya artistik seni bina dan dibina selepas semua jentera kerajaan Republik Sosial Soviet Ukraine dipindahkan ke Kyiv dari Kharkiv.
Sejarah
suntingbangunan ini dibina pada 1936-39 dengan rekaan arkitek Kharkiv, Serhiy Grigoriev bagi ibu pejabat kepada Daerah Ketenteraan Khas Kyiv. Pengarang rekaan ini mampu menggabungkan unsur gaya klasik dan Barok Ukraine.
Perkara pertama yang akan menarik perhatian pelawat ialah ketebalan dinding bangunan ini. Pakar menerangkan bawaha ia disebabkan sekatan untuk membina bangunan pentadbiran di Kesatuan Soviet pada 1930-an, yang memaksa kepada helah dengan membina binaan baharu pada asas yang sedia ada. Rekaan baharu ini menghasilkan binaan simetri dengan rekaan Shile pada 1870-an yang sebelumnya.
Bangunan baharu itu dianggap pembinaan semula dengan beberapa unsur baharu. Bahagian sayapnya diperluaskan, sementara di bahagian tengah membentuk bentuk istimewa — risalit yang besar dengan masukan tiang-tiang aturan Corinth. Pintu masuk hadapan bangunan diapit dengan empat sfera batu. Arkitek yang merancang reka bentuk ini melihat semua butiran bahawa bangunan besar ini walaupun terletak di jalan sempit, ia tidak menghimpit persekitaran malah boleh dilihat dengan baik dari segala penjuru: dari Jalan Instytutska dan Jalan Lutheranska, dari Dataran Franko yang berjiran dan Dataran Mykhailiv yang terletak jauh.
Di dalam kawasan lamannya ditempatkan dewan makan, bilik dobi, rumah pencetakan, pembersihan, dan lain-lain.
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- (dalam bahasa Ukrainian) Information about the building at the presidential website, including photos and a slide show
- Our 20. Year 1991. "Inter"
Koordinat: 50°26′40″N 30°31′44″E / 50.444555°N 30.528871°E