Bani Asyar atau Asyaari (AFA: /ɑʃ·ʕɑr ‖ ɑʃɑːʕari/; Arab: بنو الأشعر; Arab Selatan Purba: , ʾs²ʿrn; Jawi: بني أشعر), juga dikenali sebagai al-Asyairah (AFA: /ɑl·ɑ·ʃɑː·ʕi·rɑh/; Arab: الأشاعرة), ialah suku kaum Qahtan yang tinggal di Yaman, Semenanjung Arab. Sahabat Nabi Muhammad, Abu Musa al-Asyari datang daripada suku kaum ini.

Bani Asyar
Bani Asy'ar
بنو الأشعر
Arab Qahtan
Panji Bani Asyar
EtnikArab
NisbatAl-Asyari الأشعري
LokasiYaman, Palestin
Diturunkan daripadaNabat bin Udad
AgamaPuja berhala, kemudiannya Islam

Sejarah dan asal usul sunting

Nenek moyang Bani Asyar ialah Nabat bin Udad, dan nama panggilan beliau ialah Asyar. Keturunan suku tersebut adalah seperti berikut: Nabat bin Udad bin Zaid bin Yasyjub bin Arib bin Zaid bin Kahlan bin Saba bin Yasyjub bin Yaarub bin Qahtan.[1]

Nabat bin Udad (Asyar) mempunyai tujuh orang anak lelaki: Jamahir, Atgham, Argham, Adgham, Jeddah, Abdul Syams dan Abdul Thuraiyah.[2]

Bani Asyar berasal dari Zabid, Yaman. Selepas ditakluk oleh Kekhalifahan Rasyidin (631-661), ramai ahli Bani Asyar berpindah dan menetap di Bilad al-Syam. Menurut Yaaqubi, ahli geografi dan sejarawan Arab dari abad ke-9, menulis pada tahun 892 bahawa Bani Asyar merupakan kaum majoriti di Tabariyah.[3] Catatan menunjukkan mereka adalah antara suku Arab yang pernah menetap di al-Andalus. Majoritinya menetap di daerah Rayya di Malaga, manakala sesetengah boleh ditemui di bandar Seville.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ibnu Saad (2018-12-18). Kitab al-Tabaqat al-Kabir (dalam bahasa Arab). ISBN 978-977-5046-87-1.
  2. ^ Ibnu Hazm. "Jamharat Ansab al-'Arab" (PDF) (dalam bahasa Arab). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 September 2018.
  3. ^ Gil, Moshe (1997-02-27). A History of Palestine, 634-1099 (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-59984-9.
  4. ^ Various (2016-07-01). Routledge Library Editions: Muslim Spain (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. ISBN 978-1-134-98576-0.