Bank makanan (Tulisan Jawi: بڠك ماكنن) ialah pertubuhan kebajikan yang menjadi tempat bagi mengumpulkan makanan untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan secara percuma.[1] Kebiasaannya, sumbangan makanan ini diperoleh daripada pihak perusahaan makanan, masyarkat awam dan pertubuhan kebajikan lain.[1]

Bank makanan di Johor Bahru, Johor, Malaysia

Bank Makanan St. Mary merupakan pertubuhan seumpamanya yang pertama di dunia, yang telah diasaskan di Arizona, Amerika Syarikat pada tahun 1967 oleh John van Hengel.[2] Sejak itu, pelbagai organisasi serupa telah ditubuhkan di seluruh dunia. Di Eropah, keperluan bank makanan adalah sedikit sehinggalah akhir-akhir ini disebabkan oleh sistem kebajikan mereka yang meluas.[3] Bilangan bank makanan semakin bertambah selepas peningkatan harga makanan sejagat yang bermula pada lewat 2006, terutamanya selepas krisis kewangan 2007–2008 yang memburukkan lagi keadaan kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Norzuraida Binti Hasan (2012). Potensi Pelaksanaan Bank Makanan di Malaysia Sebagai Satu Bentuk Jaminan Sekuriti Makanan Bagi Golongan Miskin (PDF) (Tesis). Universiti Malaya. Dicapai pada 16 Januari 2021.
  2. ^ Jan Steyaert (Jun 2019). "1967 John van Hengel & food banks - philanthrophy for the hungry" (dalam bahasa Inggeris). History of Social Work. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-16. Dicapai pada 16 Januari 2021.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)arkib
  3. ^ "The History of Food Banks". foodpoverty.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Food Poverty UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-01. Dicapai pada 16 Januari 2021.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)arkib

Pautan luar sunting