Barait merupakan beg tradisional masyarakat kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus

Pengenalan sunting

Barait mempunyai pelbagai kegunaan seperti mengangkat barang-barang. Barait biasanya digunakan oleh masyarakat kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus untuk mengangkat hasil tanaman ataupun hasil buruan .Barait diperbuat daripada kulit rotan yang dihiris mengikut saiz yang diingini sebelum dianyam. Proses pembuatan Barait mengambil masa dari 3 hari hingga seminggu kerana proses pembuatannya tidaklah mudah.