Bedara laut atau rukam laut (nama botani: Ximenia americana)[3] ialah spesies pokok renek dalam genus Ximenia keluarga Olacaceae.[4][2] Ia ditemukan di kawasan-kawasan tropika Afrika, India, Asia Tengggara, Australia, Amerika Tengah dan Amerika Selatan[2][5] Ia tumbuh di tanah yang kering dan berpasir.[5]

Bedara laut
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
X. americana
Nama binomial
Ximenia americana
Taburan X. americana seluruh dunia
Sinonim[2]
Senarai
    • Heymassoli inermis Aubl.
    • Heymassoli spinosa Aubl.
    • Ximenia aculeata Crantz
    • Ximenia americana var. argentinensis DeFilipps
    • Ximenia americana f. inermis (Aubl.) Engl.
    • Ximenia americana var. oblonga DC.
    • Ximenia americana var. ovata DC.
    • Ximenia arborescens Tussac ex Walp.
    • Ximenia elliptica G.Forst.
    • Ximenia exarmata F.Muell.
    • Ximenia fluminensis M.Roem.
    • Ximenia gabonensis Baill. ex Laness.
    • Ximenia inermis L.
    • Ximenia laurina Delile
    • Ximenia loranthifolia Span.
    • Ximenia montana Macfad.
    • Ximenia multiflora Jacq.
    • Ximenia oblonga Lam. ex Hemsl.
    • Ximenia rogersii Burtt Davy
    • Ximenia russeliana Wall.
    • Ximenia spinosa (Aubl.) Lam. ex Forsyth f.
    • Ximenia subscandens Griff.
    • Ximenia verrucosa M.Roem.
    • Ziziphus littorea Teijsm. ex Hassk.

Botani sunting

Pokok dan daun sunting

Pokok bedara laut jenis tumbuhan renek yang tumbuh tinggi antara 2–7 meter. Garis pusat batangnya kurang daripada 10 sentimeter; lkulit kayunya berwarna perang tua atau kelabu pucat dan bersisik bulat[6][4] Dahan-dahan pokok menunduk.[7]

Daun-daunnya disusun berselang seli. Helai daun berbentuk bujur dengan ukuran 3–8 sm panjang dan 1.5–4 lebar dan berwarna hijau pucat. Daun-daun yang hancur mengeluarkan bau seperti badam kerana mengandungi sianida.[6][4] Daun muda berbulu halus yang gugur apabila tua dan menjadi keras.[6][8]

Bunga dan buah sunting

Pokok bedara laut berbunga pada musim kering. Sekuntum bunganya kecil berukuran 2–2.5 sm dan muncul pada jambak bertangkai atau berbentuk payung dengan ukuran 3–7 mm panjang, bunga-bunga ini mengeluarkan bau harum.[7][9]

Buah bedara laut muncul selepas 3 tahun pokoknya tumbuh. Ia berbentuk bujur dan berkulit nipis, warnanya jingga atau kuning apabila sudah masak. Isinya berwarna hijau dan sangat masam.[7][9][4]

Kegunaan sunting

Buah boleh dimakan atau dibuat jeruk dan jem.[5] Ia juga digunakan sebagai pengganti limau dalam lauk ikan.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Ximenia americana". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 12 Jun 2018. 12 Jun 2018. Dicapai pada 8 Mac 2023.
  2. ^ a b c "Ximenia americana L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 8 Mac 2023.
  3. ^ "Ximenia americana". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ a b c d e Tan, Ria (13 Januari 2023). "Bedara laut (Ximenia americana)". Wild Singapore. Dicapai pada 8 Mac 2023.
  5. ^ a b c Orwa, C.; Mutua, A.; Kindt, R.; Jamnadass, R.; Simons, A. (2009). "Ximenia americana" (PDF). The Agroforestree Database. Pusat Agroperhutanan Dunia.
  6. ^ a b c Kefelegn, G. A.; Desta, B. (March 2021). Mansour, A. (penyunting). "Ximenia americana: Economic Importance, Medicinal Value, and Current Status in Ethiopia". The Scientific World Journal. 2021: 8880021. doi:10.1155/2021/8880021. PMC 7960047. PMID 33746636.
  7. ^ a b c Medeiros, A.C.; Medeiros, F.D. (2018). Medicinal and Aromatic Plants of South America. Springer Netherlands. m/s. 465. ISBN 978-94-024-1550-6.
  8. ^ Feyssa, Debela Hunde; Njoka, Jesse T.; Asfaw, Zemede; Nyangito, M. M. (2012). "Uses and Management of Ximenia Americana, Olacaceae in semi-arid East Shewa, Ethiopia" (PDF). Pakistan Journal of Botany. 44: 1177–1184.
  9. ^ a b Ruffo, Christopher K.; Birnie, Ann; Tengas, Bo (2002). Edible Wild Plants of Tanzania (PDF). Regional Land Management Unit, RELMA/Sidaisbn=9966-896-62-7.