Stadium Nasional Beijing

(Dilencongkan dari Beijing National Stadium)


Stadium Nasional Beijing (Cina Tradisional: 北京國家體育場; Cina Ringkas: 北京国家体育场; Hanyu Pinyin: Běijīng Guójiā Tǐyùchǎng; Tongyong Pinyin: Běijīng Guójiā Tǐyùchǎng; bahasa Inggeris: Beijing National Stadium), juga dikenali sebagai Stadium Nasional[3] atau "Sarang Burung" (鸟巢) masih berada dalam pembinaan di Olympic Green di Beijing, China yang dijadual siap sepenuhnya pada Mac 2008.[4] Stadium ini akan menganjurkan pertandingan sukan olahraga untuk Sukan Olimpik 2008, juga sebagai majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008. Ia terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional Beijing.

Stadium Nasional
Sarang Burung
Nama penuhStadium Nasional
Lokasi1 National Stadium South Road, Beijing, China
Transit awamKereta Api Bawah Tanah Beijing  8   15  Olympic Park
Kereta Api Bawah Tanah Beijing  8  Olympic Sports Center
Suite Eksekutif140
Kapasiti80,000 (sejak Olimpik 2008)[1]
PermukaanRumput
Pembinaan
Pecah tanah24 Disember 2003; 20 tahun yang lalu (2003-12-24)
DibinaSeptember 2007; 16 tahun yang lalu (2007-09)
Dibuka28 Jun 2008; 15 tahun yang lalu (2008-06-28)
ArkitekHerzog & de Meuron[2]
ArupSport
China Architectural Design & Research Group
Ai Weiwei (Artistic consultant)
Jurutera strukturArup[2]
Tuan rumah
Pasukan bola sepak kebangsaan China
Stadium Nasional Beijing
Cina Ringkas: 北京国家体育场
Cina Tradisional: 北京國家體育場
Nama Cina alternatif
Tulisan Ringkas: 鸟巢
Tulisan Tradisional: 鳥巢
Maksud harfiah: Sarang Burung

Reka bentuk sunting

 
Model Bird's Nest

Pada 2002, Kerajaan secara rasminya menerima pengambilan arkitek bertaraf dunia dalam pertandingan reka bentuk. Pritzker Prize-memenangi arkitek Herzog & de Meuron yang bekerjasama dengan ArupSport dan China Architecture Design & Research Group untuk menang dalam pertandingan. Artis Kontemporari China, Ai Weiwei, merupakan Konsultan Artistik bagi reka bentuk.[5] Aktiviti pengorekkan tanah di kawasan projek ini dijalankan pada Disember 2003, dan pembinaan bermula Mac 2004, tetapi ia dihentikan sementara waktu atas sebab kos pembinaan tinggi pada Ogos 2004 dan kemudian disambung kembali. Pada Januari 2008, kecaman mengenai keadaan pekerja ke atas pembinaan ini dilemparkan setelah sekurang-kurangnya 10 pekerja mati ketika dalam pembinaan.[6] Kontroversi juga timbul apabila berlaku tuduhan secara paksaan lalu beberapa residen telah dihalau tetapi pembinaan masih berjalan seperti biasa.

 
Stadium dalam pembinaan

.

Kapasiti sunting

Stadium ini boleh menampung muatan sebanyak 91,000 penonton ketika Olimpik berlangsung. Kapasiti itu akan diturunkan kepada 80,000 selepas temasya Olimpik. Stadium ini mempunya 330 meter panjang dan juga 220 meter lebar, dan 69.2 meter tinggi. Stadium ini menggunakan 258,000 meter persegi bagi lapisan ruang dan 204,000 meter persegi bagi kawasan tanah yang digunakan. Ia dibina dengan 36 km keluli yang tidak diturap, dengan berat campuran sebanyak 45,000 tan. Stadium turut mempunyai 11,000 meter persegi bagi bilik bawah tanah dengan dinding kalis air. Stadium ini menelan kos sehingga 3.5 bilion yuan (≈423 juta USD).

Oleh sebab kos yang melambung tinggi, rancangan untuk membina satu bumbung yang boleh ditarik balik untuk stadium ini telah dibatalkan. Pakar kejuruteraan juga menyokong keputusan ini, dengan alasan stadium akan lebih selamat.

Selepas tamat pembinaan, stadium ini akan dilengkapi dengan sistem Solar PV yang disalurkan oleh Suntech Power[perlu rujukan].

Pemandangan dari arah selatan Stadium, Mei 2008.
.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Beijing National Stadium, Olympic Green". East Asia. Arup. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2008. Dicapai pada 28 Ogos 2008.
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AR98 tidak disediakan
  3. ^ The National Stadium - The Official Website of the Beijing 2008 Olympic Games
  4. ^ "Photo: 'Bird's Nest' due for completion at the end of March - The Official Website of the Beijing 2008 Olympic Games". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-08. Dicapai pada 2008-04-13.
  5. ^ Merewether, Charles, Editor.~Essays by Jonathan Napack and Chin-Chin Yap. Ai Weiwei, Works: Beijing 1993-2003. Beijing: Timezone 8 Ltd., 2003.
  6. ^ China hushes up Olympic deaths - Times Online

Pautan luar sunting