Bendera Kepulauan Solomon

Bendera Kepulauan Solomon diterima dengan secara rasmi pada 8 November 1977. Lima pulau utama kepulauan tersebut diwakili oleh lima bintang yang terdapat di sebelah kepala tiang. Warna biru melambangkan lautan di sekeliling, manakala hijau mewakili bumi. Jalur kuning adalah simbol cahaya matahari.

Bendera kebangsaan. Nisbah: 1:2
Bendera awam. Nisbah: 1:2
Bendera angkatan laut. Nisbah: 1:2

Bendera awam[1] (untuk kapal saudagar) dan bendera negeri[2] (untuk kapal bukan milik kerajaan) masing-masing adalah berwarna merah dan biru dengan bentuk bendera kebangsaan di sebelah kepala. Bendera angkatan laut[3] (untuk kegunakan kapal polis) adalah berdasarkan bendera British White Ensign, iaitu salib merah di atas bidang putih dengan bentuk bendera kebangsaan di kepala.

Lihat juga

sunting