Beruang kutub

Beruang kutub (Ursus maritimus), ialah mamalia besar dalam aturan maging, keluarga biologi Ursidae. Ia ialah spesies circumpolar yang terdapat di dan sekitar Lautan Artik. Ia ialah haiwan mamalia maging daratan terbesar. Beruang kutub dewasa jantan seberat antara 400 hingga 600 kilogram dan kadangkala melebihi 800 kilogram. Beruang kutub betina sekitar separuh berat beruang jantan dan biasanya seberat antara 200 hingga 300 kilogram. Beruang jantan dewasa sepanjang 240 hingga 260 sentimeter dan beruang betina antara 190 hingga 210 sentimeter. Ketika baru lahir, bayi beruang seberat 600 hingga 700 gram.

Beruang kutub
Polar Bear - Alaska.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
U. maritimus
Nama binomial
Ursus maritimus
Phipps, 1774[2]
Polar bear range map.png
Persebaran beruang kutub
Sinonim

Ursus eogroenlandicus
Ursus groenlandicus
Ursus jenaensis
Ursus labradorensis
Ursus marinus
Ursus polaris
Ursus spitzbergensis
Ursus ungavensis
Thalarctos maritimus

Beruang kutub

Kerana kehilangan habitat yang dijangka disebabkan oleh perubahan iklim, beruang kutub diklasifikasikan sebagai spesies lemah, dan sekurang-kurangnya tiga daripada sembilan belas sub-populasi beruang kutub kini merosot. Selama beberapa dekad, pemburuan besar-besaran menimbulkan kebimbangan antarabangsa untuk masa depan spesies, tetapi populasi meningkat semula selepas kawalan dan kuota mula berkuat kuasa. Selama beribu-ribu tahun, beruang kutub telah menjadi tokoh utama dalam kehidupan jasmani, rohani, dan budaya bangsa circumpolar, dan beruang kutub kekal penting dalam budaya mereka.

RujukanSunting

  1. ^ Schliebe et al. (2008). Ursus maritimus Diarkibkan 2012-05-02 di Wayback Machine. IUCN Red List of Threatened Species. Retrieved on 5 January 2010.
  2. ^ Phipps, John (1774). A voyage towards the North Pole undertaken by His Majesty's command, 1773 /by Constantine John Phipps. London :Printed by W. Bowyer and J. Nicols, for J. Nourse. m/s. 185. Dicapai pada 8 September 2008.

Petikan sumberSunting

Pautan luarSunting