Billie Eilish

Penyanyi-penulis lirik Amerika (2001–)

Billie Eilish Pirate Baird O'Connell[3] (lahir 18 Disember 2001; umur 22 tahun) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Pada tahun 2016, Eilish melancarkan single sulungnya, "Ocean Eyes" yang kemudian menjadi tular. EP sulungnya Don't Smile at Me dikeluarkan pada Ogos 2017. Susulan kejayaan EPnya, Apple Music menamakan Eilish sebagai artis Up Next terbarunya pada September 2017.[4] Album studio pertamanya, When We All Fall Asleep, Where Do We Go? dikeluarkan pada 29 Mac 2019.[5]

Billie Eilish
Eilish di Anugerah Muzik iHeartRadio 2019
Kelahiran
Billie Eilish Pirate Baird O'Connell

(2001-12-18) 18 Disember 2001 (umur 22)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penulis lagu
Tahun aktif2015 - kini
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
Syarikat rakaman
Laman sesawang
billieeilish.com

Kehidupan awal

sunting

Eilish dibesarkan di Highland Park, dekat Los Angeles, dari keluarga pelakon dan pemusik.[6][7][8] Ibu bapanya ialah Maggie Baird dan Patrick O'Connell;[9][10][11] beliau berketurunan Ireland dan Scotland.[12] Beliau bersekolah di rumah dan menyertai Paduan Suara Kanak-kanak pada usia 8 tahun. Pada usia 11 tahun, Eilish mula menulis dan menyanyikan lagu-lagunya sendiri. Mengikuti jejak langkah abangnya, Finneas O'Connell yang sudah menulis dan menerbitkan lagu-lagunya sendiri bersama kugirannya.[13]

Kerjaya

sunting

2015–2017: Don't Smile at Me

sunting
 
Eilish pada 2017

Pada Oktober 2015, Eilish merakamkan lagu "Ocean Eyes", awalnya ditulis oleh Finneas untuk kumpulannya dan menghantarnya kepada guru tari yang membantu tarian koreografi untuk lagu itu.[13][14]

"Ocean Eyes" dikeluarkan sebagai single sulung Eilish di SoundCloud pada tahun 2016. Sebuah video muzik dikeluarkan pada 24 Mac 2016 dan video Eilish yang menari untuk lagu itu dikeluarkan pada 22 November 2016. Pada tahun itu, Eilish juga mengeluarkan single "Six Feet Under."[13] "Ocean Eyes" dikeluarkan semula di seluruh dunia melalui label Darkroom dan Interscope Records pada 18 November 2016 dan menerima ulasan positif. Pada 14 Januari 2017, Eilish melancarkan EP dengan empat adunan semula "Ocean Eyes".[15]

Selepas kejayaan versi adunan semula "Ocean Eyes", Eilish melancarkan single "Bellyache" pada 24 Februari 2017.[16] "Bellyache" diterbitkan dan ditulis bersama oleh Finneas O'Connell, dengan video muzik yang diarahkan oleh Miles dan AJ dikeluarkan pada 22 Mac 2017. Pada 30 Maret, Eilish mengeluarkannlagu "Bored" sebagai sebahagian dari runut bunyi untuk siri Netflix, 13 Reasons Why.[17] Pada 30 Jun 2017, Eilish mengeluarkan single "Watch"[18] dengan single lanjutan, "Copycat" dikeluarkan pada 11 Julai 2017, bersamaan dengan pengumuman EP sulungnya, Don't Smile at Me. Setiap hari Jumaat pada Julai 2017, Eilish melancarkan sebuah lagu ke EP. Dengan cara ini, single "Idontwannabeyouanymore" dan "My Boy" dikeluarkan.[19] Don't Smile at Me dikeluarkan pada 11 Ogos 2017.[20] Selepas dikeluarkan, Eilish berkolaborasi dengan rapper Amerika Vince Staples untuk adunan semula dari "Watch" yang bertajuk "&Burn", yang kemudian dimasukkan dalam keluaran semula EP.

2018–kini: When We All Fall Asleep, Where Do We Go?

sunting

Pada Februari 2018, Eilish memulakan Jelajah Where's My Mind yang berakhir pada April 2018.[21] Eilish berkolaborasi dengan penyanyi Amerika Syarikat, Khalid untuk single "Lovely" yang dikeluarkan pada April 2018 dan dimuatkan dalam runut bunyi untuk musim kedua 13 Reasons Why.[22] Beliau juga melancarkan single "Bitches Broken Hearts" dan "You Should See Me in a Crown".[23] Pada 17 Oktober 2018, Eilish melancarkan single "When the Party's Over".[24] Pada 30 Januari 2019, Eilish melancarkan "Bury a Friend" sebagai single ketiga dari album pertamanya When We All Fall Asleep, Where Do We Go?[25][26] Single keempatnya dari album ini ialah "Wish You Were Gay", dikeluarkan pada 4 Mac 2019.[27] When We All Fall Asleep, Where Do We Go? dikeluarkan pada 29 Mac 2019 bersamaan dengan single "Bad Guy".[28] Album tersebut mencapai kedudukan nombor 1 di Billboard 200 dan menjadikan Eilish sebagai artis pertama yang lahir pada tahun 2000-an yang memiliki album nombor satu di Amerika Syarikat.[29]

Seni dan pengaruh

sunting

Kebanyakan perhatian media yang mengelilingi Eilish telah berputar-putar di sekeliling gaya fesyennya, yang terdiri terutamanya dari pakaian yang longgar dan tidak sepadan.[30][31] Pada tahun 2017, Eilish menyatakan bahawa beliau suka berpakaian keluar dari zon selesanya untuk berasa seperti menarik perhatian semua di sekelilingnya.[32] Eilish menyatakan bahawa beliau cuba untuk menjadi "benar-benar berbeza daripada ramai orang", dan memakai pakaian yang bertentangan dengan yang dipakai oleh orang lain. Bertujuan untuk "lebih dilupakan", Eilish berkata beliau percaya dan "membuktikan kepada orang-orang bahawa saya lebih penting daripada mereka yang berfikir", dan beliau "agak menakutkan, jadi orang akan dengar." Pada tahun 2019, Eilish muncul dalam iklan Calvin Klein, dimana beliau menyatakan bahawa beliau mengenakan pakaian longgar untuk elak dimalukan oleh masyarakat.[33]

Kehidupan peribadi

sunting

Eilish telah menyatakan yang beliau mempunyai sindrom Tourette[34][35] dam sinestesia[36][37] dan telah mengalami kemurungan.[38] Beliau ialah seorang vegetarian dan menjadi advokasi veganisme di media sosial.[39][40]

Diskografi

sunting

Konsert jelajah

sunting

Jelajah utama

sunting
  • Where's My Mind Tour (2018)
  • 1 by 1 Tour (2018–2019)[41]
  • When We All Fall Asleep, World Tour (2019)[42]

Pembuka konsert jelajah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Billie Eilish Is Pop's Most Impressive 15-Year-Old". Billboard. March 23, 2017. Dicapai pada February 5, 2019.
  2. ^ a b Yeung, Neil Z. "Billie Eilish". AllMusic. Dicapai pada March 30, 2018.
  3. ^ "Billie Eilish: Is she pop's best new hope?". BBC News.
  4. ^ Stubblebine, Allison. "Billie Eilish Is Apple's New UpNext Artist: Exclusive". Billboard. Dicapai pada February 21, 2018.
  5. ^ Brandle, Lars (March 29, 2019). "Billie Eilish's Debut LP 'When We All Fall Asleep, Where Do We Go?' Has Arrived". Billboard. Dicapai pada April 1, 2019. billie juga merupakan salah seorang selebriti yang menyokong israel. don't you have humanity in yourself? okay stop minat dia start to cancel her. semoga istiqomah selalu babes<33
  6. ^ "Get to Know: Billie Eilish | MTV UK". Dicapai pada April 1, 2018.
  7. ^ "Billie Eilish on Apple Music". itunes.apple.com. Dicapai pada October 21, 2017.
  8. ^ Savage, Mark (July 15, 2017). "Billie Eilish: Is she pop's best new hope?". BBC News. Dicapai pada July 25, 2017.
  9. ^ "A Day In The Life Of Billie Eilish".
  10. ^ "The Groundlings". The Groundlings Website. Diarkibkan daripada yang asal pada January 16, 2018. Dicapai pada January 15, 2018.
  11. ^ "Scrumptious Mom Maggie Baird - October 2013". scrumptiousmoms. October 1, 2013. Dicapai pada May 16, 2018.
  12. ^ Power, Ed. "An Interview with Billie Eilish: Pop's Ferocious New Enigma | Hotpress". Hotpress. Dicapai pada November 8, 2018.
  13. ^ a b c "Meet Billie Eilish, Pop's Next It Girl". Vogue. Dicapai pada February 3, 2018.
  14. ^ Cirisano, Tatiana. "15-Year-Old Pop Prodigy Billie Eilish Announces Debut EP & First-Ever Tour". Billboard. Dicapai pada July 25, 2017.
  15. ^ BlackMilk.com. "Record World Magazine Introduces Billie Eilish - ARTICLES - Record World Magazine". www.recordworldmagazine.com. Dicapai pada 2019-03-27.
  16. ^ Billie Eilish's "Bellyache" Is Totally Psycho and Perfectly Pop. Noisey.
  17. ^ Wright, Janine. "Billie Eilish - "Bored" - Noiseporn". Noiseprn.com. Dicapai pada July 25, 2017.
  18. ^ Desk, BWW News. "Billie Eilish Releases New Single 'Watch' Today; Teases Debut EP". Broadway World. Dicapai pada July 25, 2017.
  19. ^ Rusell, Erica. "Billie Eilish Drops 'COPYCAT,' Announces Debut EP". PopCrush. Dicapai pada July 25, 2017.
  20. ^ Smither, Tanis (August 11, 2017). "Billie Eilish releases lush debut EP "dont smile at me" - EARMILK". EARMILK. Dicapai pada August 15, 2017.
  21. ^ Shackleford, Tom. "Billie Eilish announces 2018 Where's My Mind? headlining tour". AXS. Dicapai pada October 23, 2018.
  22. ^ "Interscope Records Preps To Release "13 Reasons Why" Season 2 Soundtrack With Proceeds Going To Charity". Clizbeats. Dicapai pada May 12, 2018.
  23. ^ "Billie Eilish Drops Dramatic Track 'You Should See Me in a Crown': Listen". Billboard. Dicapai pada July 18, 2018.
  24. ^ Engelman, Nicole (October 17, 2018). "Billie Eilish Releases Haunting New Song 'When The Party's Over': Listen". Billboard. Dicapai pada October 18, 2018.
  25. ^ "Billie Eilish Just Released A Teaser For New Music And We're So Ready For It | MTV UK". www.mtv.co.uk. Dicapai pada January 29, 2019.
  26. ^ "Watch a trailer for new music from Billie Eilish". The Fader. Dicapai pada January 29, 2019.
  27. ^ "Billie Eilish Is Tired Of Heartache On New Single 'Wish You Were Gay': Listen". Billboard. Dicapai pada March 5, 2019.
  28. ^ Exposito, Suzy (29 March 2019). "Review: Billie Eilish's 'When We All Sleep, Where Do We Go?' is Noir Pop With Bite". Rolling Stone. Dicapai pada 29 March 2019.
  29. ^ "This 17-year-old is the first artist born in the 2000s to have a No. 1 album". CNN.
  30. ^ Konecky, Perri (April 3, 2019). "Billie Eilish's Style Is on a Whole Other Level, So Let's Give It Up For the Queen of Cool Comfort". POPSUGAR Fashion. Dicapai pada August 18, 2019.
  31. ^ Rearick, Lauren. "Billie Eilish Took an Ikea Bag and Made it Fashion". Teen Vogue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 18, 2019.
  32. ^ "Billie Eilish Is a 15-Year-Old Pop Prodigy—And She's Intimidating as Hell". Harpers Bazaar. October 19, 2017. Dicapai pada May 11, 2019.
  33. ^ "Billie Eilish Reveals the Reason for Her Baggy Clothes in New Calvin Klein Ad". Teen Vogue. May 11, 2019. Dicapai pada May 11, 2019.
  34. ^ "Billie Eilish Reveals She Has Tourette Syndrome After Compilation of Her Tics Emerges Online". Billboard. Dicapai pada December 3, 2018.
  35. ^ "fyi - @wherearetheavocados". Diarkibkan daripada yang asal pada March 31, 2019. Dicapai pada December 3, 2018 – melalui Instagram.
  36. ^ Nattress, Katrina. "Billie Eilish Explains How Synesthesia Affects Her Music". iHeartRadio. Dicapai pada August 8, 2019.
  37. ^ Seaberg, Maureen. "She's a Rainbow". Psychology Today. Dicapai pada August 8, 2019.
  38. ^ Kaufman, Gil. "Billie Eilish Talks Handling Fame, Life on the Road & Depression With Zane Lowe: Watch". Billboard. Dicapai pada June 5, 2019.
  39. ^ Coscarelli, Joe (March 28, 2019). "Billie Eilish Is Not Your Typical 17-Year-Old Pop Star. Get Used to Her". The New York Times.
  40. ^ Starostinetskaya, Anna (June 14, 2019). "Billie Eilish Begs 26 Million Fans to 'Be Smarter' And Go Vegan". VegNews.
  41. ^ a b Reed, Ryan (July 23, 2018). "Billie Eilish Plots North American Tour". Rolling Stone. Dicapai pada October 25, 2018.
  42. ^ Moore, Robby (February 4, 2019). "Billie Eilish Reveals North American Tour Dates for 'When We All Fall Asleep World Tour'". Daily Ovation. Dicapai pada February 7, 2019.

Pautan luar

sunting