Finneas Baird O'Connell (lahir 30 Julai 1997) juga dikenali sebagai Finneas (FINNEAS),[2][3] ialah penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pemuzik dan pelakon Amerika Syarikat. Beliau telah mengeluarkan beberapa single dan telah menulis muzik untuk artis lain, termasuk adiknya Billie Eilish. Sebagai pelakon, O'Connell membintangi filem bebas pada tahun 2013, Life Inside Out.[4] Beliau juga terkenal dengan wataknya sebagai Alistair dalam siri TV Fox, Glee.[5] Pada tahun 2011, beliau memegang watak Spencer dalam filem Bad Teacher. Beliau juga muncul dalam siri ABC, dalam dua episod Modern Family[5] dan dua episod Aquarius.[6]

Finneas O’Connell
O'Connell di Anugerah Muzik iHeart Radio 2019
Kelahiran
Finneas Baird O'Connell

(1997-07-30) 30 Julai 1997 (umur 27)[1]
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
  • pemuzik
  • pelakon
Tahun aktif2011–kini
SaudaraBillie Eilish (adik)
Kerjaya muzik
Instrumen
  • Vokal
  • piano
  • keyboard
  • gitar
  • bass

Kehidupan dan kerjaya

sunting
 
Finneas (kanan) tampil bersama adiknya Billie pada 2017

Finneas dilahirkan kepada pelakon Maggie Baird[7][8] dan Patrick O'Connell[9], dan berketurunan Ireland dan Scotland.[10] Beliau memegang watak Alistair di musim terakhir siri televisyen komedi muzikal Glee pada tahun 2015. O'Connell membesar di Los Angeles dan mula menulis dan menerbitkan lagu pada usia 12 tahun.[11] Beliau ialah penyanyi utama dan penulis lagu kumpulan The Slightlys, yang telah memenangi penghargaan dan pertandingan di daerah Los Angeles.[12] Finneas menulis dan menerbitkan lagu untuk adiknya, penyanyi Billie Eilish. Beliau kemudian menulis dan menerbitkan EP sulung Eilish, Don't Smile at Me yang menduduki di nombor #14 di US Billboard 200.[13][14] O'Connell berkhidmat sebagai penerbit dan penulis bersama atau penulis di album sulung Billie, When We All Fall Asleep, Where Do We Go?, yang menduduki #1 di carta lagu Amerika Syarikat dan United Kingdom.[15]

Single pertama Finneas, "New Girl", dikeluarkan pada tahun 2016.[16] Muzik video untuk single ini dikeluarkan pada tahun 2019, diarahkan oleh Emma Sydney Menzies dan dibintangi Finneas dan Yasmine Vega.[17] Beliau muncul demgan single kedua, "I'm in Love Without You" pada tahun 2017 dan mula mengeluarkan lapan single pada tahun 2018, "Break My Heart Again", "Heaven", "Life Moves On", "Landmine", "Hollywood Forever", "College", "Luck Pusher" dan "Let's Fall in Love for the Night". Pada awal 2019, Finneas menjayakan persembahan utama pertamanya yang habis dijual di New York dan Los Angeles.[18][19] Finneas melancarkan EP sulungnya, Blood Harmony pada 4 Oktober 2019.[20]

Kehidupan peribadi

sunting

Finneas menjalin hubungan dengan YouTuber Claudia Sulewski.[21] Beliau melancarkan lagu "Claudia", sebuah single yang ditulis sebahagiannya selepas malam pertama mereka bertemu.[22] Finneas dan adiknya, Billie Eillish, keduanya menyatakan bahawa mereka mengalami sinestesia.[23]

Diskografi

sunting
  • Blood Harmony (2019)[24]

Lagu yang ditulis dan diterbitkan

sunting
Tahun Tajuk Artis Album Penulis bersama atau penulis Penerbit
2016 "Come to Think" Gabrielle Current Non-album single  Y  Y
"Six Feet Under" Billie Eilish  Y  Y
"Ocean Eyes" Don't Smile at Me  Y  Y
2017 "Your Eyes"
(featuring Tayla Parx)
The Knocks Testify EP  Y
"Filthy Rich" Evelyn Non-album single  Y
"Bellyache" Billie Eilish Don't Smile at Me  Y  Y
"Bored" Bukan album single  Y  Y
"Lost My Mind" Alice Kristiansen  Y  Y
"Watch" Billie Eilish Don't Smile at Me  Y  Y
"Copycat"  Y  Y
"Idontwannabeyouanymore"  Y  Y
"My Boy"  Y  Y
"Party Favor"  Y  Y
"Hostage"  Y  Y
"Satellite" Rebecca Black RE / BL  Y  Y
"&burn"
(dengan Vince Staples)
Billie Eilish Don't Smile at Me  Y  Y
2018 "Bitches Broken Hearts"  Y  Y
"Lovely"
(dengan Khalid)
 Y  Y
"You Should See Me in a Crown" When We All Fall Asleep, Where Do We Go?  Y  Y
"When the Party's Over"  Y  Y
"Come Out and Play" Non-album single  Y  Y
2019 "When I Was Older" Music Inspired By The Film Roma  Y  Y
"Bury a Friend" When We All Fall Asleep, Where Do We Go?  Y  Y
"Moral of the Story" Ashe Moral of the Story: Chapter 1 EP  Y[25]  Y[26]
"Wish You Were Gay" Billie Eilish When We All Fall Asleep, Where Do We Go?  Y  Y
"!!!!!!!"  Y  Y
"Bad Guy"  Y  Y
"Xanny"  Y  Y
"All the Good Girls Go to Hell"  Y  Y
"8"  Y  Y
"My Strange Addiction"  Y  Y
"Ilomilo"  Y  Y
"Listen Before I Go"  Y  Y
"I Love You"  Y  Y
"Goodbye"  Y  Y
"Everything I Wanted" Akan diumumkan  Y  Y
"If The World Was Ending"
(featuring Julia Michaels)
JP Saxe Akan diumumkan  Y
"Lose You to Love Me" Selena Gomez SG2  Y
"Used To This" Camila Cabello Romance  Y

Filemografi

sunting
Filem + TV
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Bad Teacher Spencer
2013 Life Inside Out Shane
2013 Tomorrow Tom Filem pendek
2013–2014 Modern Family Ronnie Jr. 2 episod
2014 happySADhappy Andrew Filem pendek
2015 Glee Alistair 4 episod
2015 Aquarius Earnest Boy 2 episod

Anugerah dan pencalonan

sunting
Anugerah Tahun Penerima Kategori Keputusan Ruj.
Anugerah Grammy 2020 "Bad Guy" Record of the Year Menunggu [27]
Song of the Year Menunggu
When We All Fall Asleep, Where Do We Go? Album of the Year Menunggu
Best Engineered Album, Non-Classical Menunggu
Diri sendiri Producer of the Year, Non-Classical Menunggu

Rujukan

sunting
  1. ^ "THIS IS MY BIG BROTHER AND MY BEST FRIEND. I WOULD BE PRECISELY NOTHING WITHOUT HIM. HE IS MY WHOLE WORLD AND I WOULD DO ABSOLUTELY ANYTHING FOR HIM.ANYTHING ANYTHING ANYTHING. @finneasoconnell i love you i love you i love you i love you happy birthday perfect boy". Dicapai pada 2018-07-30 – melalui Instagram.
  2. ^ "Finneas". AllMusic. Dicapai pada 2019-04-01.
  3. ^ "FINNEAS". Spotify. Dicapai pada 2019-09-01.
  4. ^ "Talking with Maggie Baird and Finneas O'Connell". Your Teen Magazine (dalam bahasa Inggeris). 2015-09-18. Dicapai pada 2019-09-01.
  5. ^ a b Shira, Dahvi. "Former Glee Actor-Musician Finneas O'Connell Talks About the Show's Pop-Culture Legacy, His Adoration for Kesha and Why He Goes to 'Desperate Measures' for His Girlfriend | skyelyfe | Music & Lifestyle". www.skyelyfe.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-09. Dicapai pada 2018-02-14.
  6. ^ "Finneas O'Connell - IMDb". IMDb. Dicapai pada 2018-06-01.
  7. ^ "Maggie Baird". IMDb. Dicapai pada 17 November 2019.
  8. ^ "Maggie Baird". The Groundlings Theatre & School (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 November 2019.
  9. ^ "Patrick O'Connell". IMDb. Dicapai pada 17 November 2019.
  10. ^ Power, Ed. "An Interview with Billie Eilish: Pop's Ferocious New Enigma | Hotpress". Hotpress. Dicapai pada 2018-11-08.
  11. ^ "Meet FINNEAS, Billie Eilish's Big Brother and Your New Music Crush". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-28. Dicapai pada 2019-12-02.
  12. ^ "In Battles of the Bands, The Slightlys Keep Winning (VIDEO)". LA Weekly. 23 October 2014.
  13. ^ "Billboard 200 Chart Moves: Billie Eilish's 'Don't Smile at Me' Hits New High".
  14. ^ "Billie Eilish Chart History". Billboard. Dicapai pada 2018-02-14.
  15. ^ "Billie Eilish makes chart history with debut album". Consequence of Sound (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-08. Dicapai pada 2019-04-08.
  16. ^ "[PREMIERE] FINNEAS: 'New Girl' - WE FOUND NEW MUSICWE FOUND NEW MUSIC". wefoundnewmusic.com. Dicapai pada 2019-04-08.
  17. ^ FINNEAS (2019-02-04), FINNEAS - NEW GIRL (Official Music Video), dicapai pada 2019-04-08
  18. ^ FINNEAS (2019-02-03). "First headliner tomorrow night in NYC and it's SOLD OUT, BABY". @finneas (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-04-08.
  19. ^ Bronson, Kevin (2019-01-30). "Finneas' fans fall in love for the night at the Troubadour". buzzbands.la (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-04-08.
  20. ^ Mims, Taylor (August 22, 2019). "Finneas Announces Debut EP 'Blood Harmony' and New Tour Dates". Billboard. Dicapai pada October 3, 2019.
  21. ^ "Cabo with you♥️". YouTube (dalam bahasa Inggeris). 2019-01-13. Dicapai pada 2019-03-23.
  22. ^ "UP AND COMING ARTIST FINNEAS DEDICATES HEARTFELT BALLAD 'CLAUDIA' TO GIRLFRIEND CLAUDIA SULEWSKI". Tiger Beat (dalam bahasa Inggeris). 2019-02-22. Dicapai pada 2019-03-23.
  23. ^ "Billie Eilish Explains How Synesthesia Affects Her Music". www.iheart.com. Dicapai pada 2019-10-12.
  24. ^ Shaffer, Claire (August 22, 2019). "Finneas Previews Debut EP 'Blood Harmony' With New Song 'Shelter'". Rolling Stone. Dicapai pada October 3, 2019.
  25. ^ "Ashe - Moral of the Story Lyrics". musiXmatch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-07-19.
  26. ^ Castel, Gregory (2019-02-20). "Ashe writes the perfect anthem for broken relationships in "Moral of the Story" [Video]". EARMILK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-07-19.
  27. ^ "2020 GRAMMY NOMINATIONS". Grammys.com. Dicapai pada November 20, 2019.

Pautan luar

sunting