Billie McKay

Billie McKay (lahir 11 Julai 1991) ialah seorang tukang masak Australia. Beliau terkenal sebagai pemenang siri ketujuh MasterChef Australia. Hadiahnya merangkumi AU$ 250,000, Alfa Romeo Giulietta, dan ruangan bulanan di Delicious., sebuah majalah makanan Australia. Setelah siri tersebut tamat, juri jemputan Heston Blumenthal menawarkannya pekerjaan di restorannya The Fat Duck,[2] yang beliau terima.

Billie McKay
Kelahiran (1991-07-11) 11 Julai 1991 (umur 30)
WarganegaraAustralia
PekerjaanTukang masak televisyen
Kampung asalBowraville, New South Wales
PendahuluBrent Owens
PenggantiElena Duggan
PasanganHaydn Suridge[1]
AnugerahPemenang, MasterChef Australia 2015

McKay dibesarkan di ladang tenusu di Bowraville, New South Wales[3] dan bersekolah di Macksville High School.[4] Sebelum bertanding di MasterChef, beliau ialah pengurus restoran di Ballina, New South Wales.[5]

Pada tahun 2019, McKay kembali ke siri kesebelas MasterChef Australia sebagai mentor, berkongsi peranan dengan naib juara musim kelapan, Matt Sinclair dan naib juara siri pertama, Poh Ling Yeow.[6]

RujukanSunting

  1. ^ "Billie McKay". popsugar.com.au. Dicapai pada 27 July 2015.
  2. ^ "MasterChef winner scores cash, car, column AND a new job with Heston Blumenthal". news.com.au. 27 July 2015.
  3. ^ Ramsey, Britt (7 May 2015). "Bowraville's Billie McKay to cook for chefs". nambuccaguardian.com.au. Dicapai pada 26 July 2015.
  4. ^ "Macksville High School Magazine 2009" (PDF). macksville-h.schools.nsw.edu.au. Dicapai pada 27 July 2015.
  5. ^ Broome, Hamish (11 May 2015). "Ballina cook will make Masterchef final 22". northernstar.com.au.
  6. ^ Houston, Melinda (25 April 2019). "'The anxiety's still there': Former MasterChef Contestants Return". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 22 July 2019.

Pautan luaranSunting