Bintang kutub ialah bintang terdekat yang boleh dilihat dengan mata kasar di kutub cakerawala utara Bumi, berada sejajar pada paksi putaran planet. Bintang ini merujuk kepada Polaris (juga dikenali sebagai Alpha Ursae Minoris, α UMi) yang merupakan bintang paling terang dalam buruj Beruang Kecil (Ursa Minor).[1] Nama Polaris diperkenalkan pada abad ke-18 di mana ia disingkatkan daripada bahasa Latin Baru stella polaris yang bermaksud "bintang kutub".

Pada masa kini di kutub samawi selatan, bintang terdekat yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah bintang malap Sigma Octantis (σ Oct), yang kadang kala dipanggil sebagai bintang selatan. Bintang tersebut memiliki kecerahan yang sangat sedikit berbanding Polaris.

Rujukan sunting

Bibliografi sunting

  • Séguin, Marc; Villeneuve, Benoit (2002). "L'astronomie à l'œil nu". Dalam ERPI (penyunting). Astronomie et Astrophysique : cinq grandes idées pour explorer et comprendre l'Univers (dalam bahasa Perancis). Montreal. ISBN 978-2804140120.