Boehringer Mannheim

Boehringer Mannheim merupakan sebuah syarikat farmaseutikal Jerman.

Logo Boehringer Mannheim

Sejarah sunting

Pada tahun 1817 di Stuttgart, Christian Friedrich Boehringer menubuhkan sebuah kedai farmasi yang kemudian menjadi syarikat farmaseutikal (dengan nama C. F. Boehringer & Söhne) bersama makmal kimianya. Pada tahun 1873, syarikat ini berpindah ke Mannheim oleh salah seorang anaknya, Christoph Heinrich Boehringer. Kemudian, pada tahun 1882, syarikat ini diteruskan oleh anaknya, Ernst Boehringer yang meninggal pada 1892. Ia kini dimiliki oleh keluarga Engelhorn.

Pada tahun 1885, seorang lagi anak C. H. Boehringer, Albert Boehringer menubuhkan sebuah kilang kimia di Ingelheim am Rhein, yang bertukar nama kada C. H Boehringer Sohn pada 1892. Sepanjang 70 tahun, terdapat dua syarikat yang bernama Boehringer. Untuk membezakannya, pada awal 1960-an kedua-dua syarikat itu diberi nama Boehringer Mannheim dan Boehringer Ingelheim.[1]

Perkembangan sunting

Dibawah kepimpinan Curt Engelhorn, Boehringer Mannheim telah berkembang menjadi syarikat antarabangsa dengan unit Lab Diagnostics (diagnostik), Patient Care (produk rawatan), Biochemicals (biokimia), dan Therapeutics (ubat-ubatan). Pada tahun 1996, Boehringer Mannheim telah memiliki sekitar 18.000 kakitangan yang tersebar di seluruh dunia dan meraih keuntungan sekitar 4,3 bilion franc Switzerland. Syarikat induk kumpulan ini ialah Corange Ltd. yang beribu pejabat di Bermuda.

Pemerolehan oleh Roche sunting

Pada tahun 1997, Corange Ltd. telah dijual kepada sebuah syarikat farmaseutikal Switzerland, Hoffmann-La Roche yang kemudian menjadi pemilik Boehringer Mannheim dan peneraju dunia dalam perniagaan diagnostik. Bahagian farmaseutikalnya telah terintegrasi ke dalam Kumpulan Roche, manakala bahagian diagnostiknya diserap ke Roche Diagnostics. Bermula pada tahun itu, nama Boehringer Mannheim tidak lagi digunakan.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Boehringer Mannheim - Porträt" (dalam bahasa Jerman). 24 Julai 2013.
  2. ^ "Roche membubarkan Boehringer Mannheim" (dalam bahasa Jerman). 27 Mei 1997.