Bola tekanan atau bola senaman tangan, bola picit dan bola stres ialah mainan yang mudah ditempa dan biasanya diameternya tidak melebihi tujuh sentimeter. Ia diramas menggunakan tangan dan dimanipulasikan oleh jari dan kononnya boleh melegakan tekanan/stres dan melatih ketegangan otot atau untuk otot pada tangan.[1][2]

Bola nyahtekanan berbentuk glob bumi.

Walaupun begitu, kebanyakan bola tekanan tidak berbentuk sfera. Ada yang dibentuk dalam bentuk yang lucu, dan pad atau pemindahan percetakan dengan logo korporat. Bola itu akan diberikan kepada pekerja dan pelanggan syarikat sebagai cenderamata promosi. Disebabkan hal itu, kini bola tekanan secara amnya dikenali sebagai pelega tekanan.

Sejarah sunting

Patrick Hummel telah mencipta bola nyahtekanan di tengah Indiana pada pertengahan tahun 1980-an.

Jenis sunting

 
Beberapa bola nyahtekanan.

Terdapat beberapa jenis bola nyahtekanan yang berasal dari pelbagai negara. Jenis bola tekanan yang paling biasa di Amerika Syarikat ialah jenis "bean bag" ("beg kacang"), biasanya dikenali sebagai "Hacky Sack". Di Australia pula, yang paling biasa ditemui ialah jenis getah berbusa, di mana dapat menghalang tekanan muncul melalui rintangan daripada memerah bola. Bentuk bola nyahtekanan di China dikenali sebagai bola Baoding; tidak seperti yang lain, ini tidak boleh dipicit kerana ia padat dan datang berpasangan (ada dua) dan terbuat daripada bahan logam.[3]

Sesetengah bola nyahtekanan diperbuat daripada getah berbusa poliuretana sel yang tertutup. Ia terbuat daripada penyuntikan komponen cecair busa ke dalam acuan. Tindak balas kimia yang terhasil menghasilkan gelembung karbon dioksida sebagai hasil sampingan, yang seterusnya membentuk busa.[4] Bola tekanan juga digunakan dalam terapi fizikal, yang mengandungi gel dengan ketumpatan yang berbeza di dalam getah atau kulit kain. Jenis lain menggunakan membran getah nipis yang mengelilingi serbuk halus. Jenis kedua boleh dibuat di rumah dengan mengisi belon dengan soda penaik (natnrium bikarbonat).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ 梅田智世/ガリレオ (2021-03-18). "ストレス緩和・記憶力向上に役立つ「おもちゃ」10選". ライフハッカー (dalam bahasa Jepun). メディアジーン. Dicapai pada 2022-06-18.
  2. ^ Aditya Eka Prawira (4 Januari 2015). "4 Manfaat Hilangkan Stres dengan Bola Kecil" [Empat Kelebihan Menghilangkan Tekanan dengan menggunakan Bola Kecil]. Liputan 6 (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 27 Jun 2022.
  3. ^ Dumbleton, Trevor. "Reduce Your Stress With Stress Balls". www.healthguidance.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 28, 2016. Dicapai pada 2016-05-17.
  4. ^ "Stress Ball FAQs" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 15, 2008.