Belon (Jawi: بيلون‎) ialah beg lentur yang dapat dikembung dengan gas seperti helium, hidrogen, nitrus oksida, oksigen, dan udara. Untuk tugas khas, belon boleh diisi dengan asap, air cecair, medium berbutir (contohnya pasir, tepung atau beras), atau sumber cahaya. Belon kini dibuat daripada bahan seperti getah, lateks, polikloroprena, atau fabrik nilon, dan terdapat dalam banyak warna yang berbeza. Beberapa belon terawal dibuat daripada pundi haiwan kering, seperti pundi khinzir. Beberapa belon diguna untuk hiasan atau hiburan, manakala yang lain diguna untuk tujuan amali seperti meteorologi, rawatan perubatan, pertahanan tentera, atau pengangkutan. Sifat-sifat belon, termasuk ketumpatan rendahnya dan kos rendah, membawa kepada berbagai-bagai penggunaan.

Belon diberi sempena peristiwa yang istimewa seperti hari jadi atau cuti, dan selalu diguna sebagai hiasan parti.

Belon getah dicipta oleh Michael Faraday pada tahun 1824 semasa uji kaji dengan berbagai-bagai gas. Beliau menciptanya untuk diguna di makmal.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Swain, Heather (2010). Make These Toys: 101 Clever Creations Using Everyday Items. Penguin Publishing Group. m/s. 15–. ISBN 978-1-101-18873-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2017.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting

Templat:Parti