Bom kereta di Lapangan terbang Nato Afghanistan 2007

Serangan bom kereta di Lapangan terbang tentera NATO di Kabul, Afghanistan pada 1 September 2007. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbesar di Afghanistan , paling sibuk dan terletak di selatan Kabul. Urusan penerbangan kembali seperti biasa.[1]

Serangan nekad berani mati itu membunuh seorang tentera Afghanistan kerana ia meledak berhampiran sekumpulan tentera Afghanistan yang sedang berkumpul. Sasaran ialah kenderaan tentera Jerman . Dua orang awam turut cedera.

Ali Shah Paktiawa dari polis Kabul menjelaskan penyerang berada di dalam kereta dan cuba masuk ke dalam lapangan terbang yang dikawal oleh Pasukan keselamatan Antarabangsa NATO (Isaf). tidak dapat dipastikan sama ada tentera NATO turut terbunuh atau cedera. Seramai 37 tentera NATO dari pelbagai negara Eropah bertugas di situ.

Pada 15 Ogos 2007, 3 pegawai keselamatan Jerman terbunuh apabila bom tepi jalan meletup ketika mereka menuju ke kedutaan.

RujukanSunting