Breaking Bad[nota 1] ialah siri televisyen drama jenayah Amerika Syarikat ciptaan Vince Gilligan dibintangi Bryan Cranston dan Aaron Paul untuk AMC; ia bersiaran dalam saluran tersebut dari 20 Januari 2008 hingga 29 September 2013 selama lima musim berjumlah 62 episod.

Breaking Bad
Genre
PenciptaVince Gilligan
Dibintangi oleh
PenggubahDave Porter
Negara asalAmerika Syarikat
Bahasa
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Sepanyol
Bilangan musim5
Bilangan episod62
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Penerbit
Penyunting
  • Kelley Dixon
  • Skip Macdonald
  • Chris McCaleb
  • Sharidan Williams-Sotelo
  • Lynne Willingham
LokasiAlbuquerque, New Mexico
Sinematografi
Tempoh siaran43–60 minutes
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Sony Pictures Television
Penyiaran
Saluran asalAMC
Format gambar
  • 1080p (16:9 HDTV)
  • 4K (Ultra HD)
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal20 Januari 2008 (2008-01-20) – 29 September 2013 (2013-09-29)
Kronologi
Diikuti olehBetter Call Saul
El Camino: A Breaking Bad Movie
Rancangan berkaitan
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan

Ia meraih tontonan yang sederhana dalam tiga musim pertamanya, tetapi musim-musim keempat dan kelima mendapat sambutan dan perhatian yang ketara berikutan pemasukan ia dalam senarai rancangan tersedia di Netflix yang memperkenalkan siri ini kepada orang ramai sebelum tayangan perdana musim keempat. Musim pertama siri ini mendapat sambutan positif secara umum, namun musim-musim berikutnya mendapat pujian hebat sehingga diamati sebagai salah satu siri televisyen "terhebat" sepanjang zaman;[9] ia mendapat pengiktirafan sedemikian pada tahun 2013 oleh Rekod Dunia Guinness.[10]

Jalan cerita sunting

Di Albuquerque, New Mexico antara tahun 2008 dan 2010,[11] Walter White (lakonan Cranston) seorang guru kimia sekolah menengah yang lemah lembut disahkan menghidap barah paru-paru peringkat terminal. Dia terpaksa mendapatkan duit secukupnya untuk merawat barahnya dengan menggunakan kepandaian ilmu kimia dia bersama seorang bekas pelajarnya, Jesse Pinkman (lakonan Paul), untuk menghasilkan serta berdagang dadah meth mendapatkan duit untuk merawat penyakit dihidapi Walter.

Barisan pelakon sunting

Lihat juga sunting

  • Better Call Saul - siri cerita ranting berdasarkan salah satu watak cerita pokok ini

Nota sunting

  1. ^ Tajuk siri merupakan peribahasa bahasa Inggeris bermaksud "melibatkan diri dalam jenayah" (to turn to a life of crime)[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Poniewozik, James (June 21, 2010). "Breaking Bad: TV's Best Thriller". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada October 12, 2018. Dicapai pada November 5, 2013.
  2. ^ Nevins, Bill (March 27, 2013). "Contemporary Western: An Interview with Vince Gilligan". Local IQ. Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2013. Dicapai pada May 31, 2013.
  3. ^ "Breaking Bad Finale: Lost Interviews With Bryan Cranston & Vince Gilligan". The Daily Beast. September 29, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada March 7, 2014. Dicapai pada March 6, 2014.
  4. ^ Berdasarkan gambaran dari rujukan berikut:
  5. ^ "TRAGEDY IN SLOW MOTION: AMC'S BREAKING BAD". Filmmaker Magazine. December 22, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada July 1, 2020. Dicapai pada December 21, 2019.
  6. ^ Chisum, Jeffrey (November 22, 2019). "The Macbeth of the American West: Tragedy, genre and landscape in Breaking Bad". SAGE Publishing. 14 (4): 415–428. doi:10.1177/1749602019872655.
  7. ^ "Pop Culture's Progress Toward Tragedy". National Review. May 25, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada May 27, 2019. Dicapai pada December 21, 2019.
  8. ^ Rothman, Lily (23 September 2013). "Breaking Bad: What Does That Phrase Actually Mean?". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2014. Dicapai pada 11 Mei 2017.
  9. ^ Sources that refer to Breaking Bad being praised as one of the greatest television shows of all time include:
  10. ^ Janela, Mike (September 4, 2013). "Breaking Bad Cooks Up Record-breaking Formula for Guinness World Records 2014 Edition". Guinness World Records. Diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2013. Dicapai pada September 9, 2013.
  11. ^ Snierson, Dan (July 17, 2018). "Better Call Saul to show scenes set during Breaking Bad". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada July 17, 2018. Dicapai pada July 17, 2018.

Pautan luar sunting