Bukan Untukmu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Along Kamaludin dibintangi oleh Ako Mustapha dan Memey Suhaiza. Siri ini memulakan tayangan perdanannya di slot Ratu TV9 dari 12 Mac 2012 hingga 30 April 2012.[1]

Bukan Untukmu
GenreDrama, konflik, keluarga
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Di Penghujungnya" oleh Iqa
Lagu penutup"Berdua Bersatu" oleh Forteen
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Penyunting
  • Nazreen Ramli
  • Taufiq Nazri
  • Naim Halif
SinematografiAzlan Adnan
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Siaran asal12 Mac 2012 – 30 April 2012

Sinopsis sunting

Mengisahkan konflik perceraian yang tidak diduga apabila Iskandar (Ako Mustapha) langsung tidak menyangka bahawa talak lima yang dilakonkan secara gurauan bersama Nadia (Memey Suhaiza) menjadi permulaan kepada mimpi ngeri mereka. Mereka yang sebelum ini satu keluarga yang bahagia, kini hidup menderita kerana terpaksa berpisah. Sebak di hati mereka bertambah apabila mendapat tahu bahawa Nadia terpaksa berkahwin dengan seseorang dahulu dan menceraikannya sebelum Iskandar dapat bersama Nadia kembali.

Bermulalah rancangan Iskandar untuk mencari seseorang yang rela menjadi ‘cina buta’ kepada Nadia. Nadia akhirnya bertemu dengan Hafiz yang jauh lebih muda. Walaupun Hafiz tidak hidup mewah, dia merupakan suami yang baik kepada Nadia. Bagaimanakah nasib Iskandar dan Nadia akhirnya? Adakah Hafiz akan memberi cahaya baru kepada Nadia atau berjayakah rancangan Iskandar untuk mendapatkan kembali isteri tercintanya itu?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Norisz Ismail sebagai Laila
  • Rashidah Jaafar sebagai Mariam
  • Taib Mahmood sebagai Pak Kassim
  • Nor Hashimah Md Zaki sebagai Mak Tijah
  • Afzal Sarwar sebagai Adi
  • Soeprihati Sikum sebagai Zainab
  • A. Wahab Ismail sebagai Wak Jumaat

Pelakon kanak-kanak sunting

  • Mohd Izuan Fikri B Zolkepeli sebagai Irfan
  • Putri Syasya Masyitah Muhamad Khairi sebagai Diyanah

Runut bunyi sunting

  • "Berdua Bersatu" - Forteen
  • "Di Penghujungnya" - Iqa
  • "Berhenti Di Kamu" - Anji
  • "Arahmu" - Panic Room

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (27 April 2012). Drama Lara Hati & Bukan Untukmu Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Julai 2012.