Bukit Bauk merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Paka, Terengganu. Jalan Bukit Bauk mengabungkan antara Paka dan Dungun. Bukit Bauk ini merupakan antara tarikan di Dungun kerana terdapat pelbagai keindahan fauna yang dapat kita lihat. Bandar Dungun juga boleh dilihat dari puncak bukit tersebut. Bukit Bauk mempunyai keluasan 7,596 hektar.[1]

Aktiviti hiking atau mendaki bukit sering dilakukan oleh pengunjung di sini. Terdapat juga hutan simpan yang diwartakan sebagai hutan simpan.

Ketika ekspedisi Bukit Bauk anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang diadakan pada tahun 2006, spesies ikan terkecil dunia iaitu 'Paedocypris' dari keluarga 'Cyprinidae' bersaiz 7.8 milimeter pernah ditemui di kawasan paya Bukit Bauk.[2] Penemuan tersebut merupakan yang ketiga selepas spesies yang sama juga ditemui di hutan paya gambut Selangor Utara dan Hutan Simpan Pondok Tanjung di Perak.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Spesies Ikan Terkecil Di Dunia Ditemui Di T'gganu". mStar Online. 6 Disember 2011. Dicapai pada 26 April 2024.
  2. ^ Terengganu Molek Doh. Buku khas sempena Ekspo Terengganu 2018.CS1 maint: location (link)
  3. ^ "Paedocypris sp". Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Dicapai pada 26 April 2024.