Bukit Bunuh
Bukit Bunuh terletak di longitud 100° 58.5 Timur dan latitud 5° 4.5 Utara. Titik tertingginya adalah 180 meter dari aras laut.
Bukit Bunuh | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 180 m (590 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Malaysia |
Pendakian | |
Pendakian pertama | tidak diketahui |
Laluan paling mudah | memandu, kemudian mendaki |
Bukit Bunuh merupakan tapak arkeologi penting "BBH 2007" di Malaysia. Usaha cari gali di tapak ini bermula pada 80-an, tetapi mendapati permukaan bumi kosong. Tinjauan kembali pada 2001 menjumpai beribu-ribu batu pelbagai jenis seperti suevite, quartzite, quartz, dan metamorphik terbongkar ke permukaan hasil aktiviti pertanian. Penemuan bukti ini di kompleks Paleolitik seluas 4 km persegi di Bukit Bunuh menjadikannya salah sebuah tapak Paleolitik terpenting di dunia. Ini kerana pentarikhan galian melebih 1.83 juta tahun, 40,000 dan 30,000 tahun dahulu. Ini meletakkan Bukit Bunuh sebagai tapak tertua dunia yang berada di luar Afrika, dan mempunyai pentarikhan kronometrik.
Bukit Bunuh merupakan tapak terdedah yang memberikan data arkeologi dan geologi yang begitu banyak yang menyumbang pada pemahaman kita mengenai persekitaran-palaeo dan tingkah-laku kognitif dan budaya manusia awal melalui penggunaan peralatan batu mereka.
Selain itu terdapat kesan geologi hentaman meteor yang bertarikh 1.83 juta tahun dahulu melalui teknik jejak-fision. Tapak ini dipenuh dengan bercas hentaman seperti suevite dan impactite lainnya.
Maka, penemuan Bukit Bunuh telah mengukuhkan lagi bukti prasejarah di Lembah Lenggong, dan menjadikannya sebuah lembah arkeologi yang penting di dunia.
Bukti-bukti yang ditemui dalam penyelidikan di Bukit Bunuh yang dilakukan sejak tahun 2001 menunjukkan yang tapak ini dihuni secara berterusan. Tapak di Bukit Bunuh menjadi pilihan kawasan petempatan awal kerana ia memiliki sumber alam yang diperlukan untuk menyediakan peralatan batu serta mempunyai persekitaran kuno yang mempunyai sumber air dari tasik kuno, flora dan fauna yang diperlukan mereka.
Rujukan
sunting
Pautan luar
sunting- Menyingkap rahsia bukit Bunuh.
- From Stone Age to Early Civilisation in Malaysia: Empowering Identity of ...
By Mokhtar Saidin - Bukit Bunuh (1.83 Juta Tahun)
- Gravity Investigation of the Bukit Bunuh Impact Crater at Lenggong, Perak, Malaysia
- Bukit Bunuh lokasi impak meteorit.
- Rumusan bukti Bukit Bunuh sebagai kawasan impak meteorit dihantar ke Kanada.
- (Inggeris) Early axes found in Perak.