Bukit Cina
Bukit Cina ialah sebuah bukit yang penting dalam sejarah Bandar Melaka, Malaysia. Ia terletak beberapa kilometer ke utara dari pusat bersejarah Melaka (Bandar Belanda dan Cina), tetapi masa kini ia dikelilingi oleh bandar moden di sekelilingnya.
Sejarah
suntingMenurut tradisi tempatan, pada pertengahan kurun ke-15, puteri Hang Li Po, cucu kepada Maharaja Yongle, Cina, maharaja ketiga bagi Dinasti Ming, telah dihantar bagi berkahwin dengan Sultan Melaka, Sultan Mansor Shah, bagi memateri perhubungan antara kedua-dua negara. Beliau membawa bersamanya pengiring yang ramai (500 anak menteri dan beberapa ratus dayang). Bukit Cina, iaitu hadiah daripada sultan, ditetapkan sebagai penempatan mereka. Arkeologi marin bagi kapal karam (bangkai Royal Nanhai dari sekitar 1460 AD) mencadangkan hadiah Diraja dari China, dihantar semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah.[1][2].
Perigi Hang Li Po, yang bersebelahan dengan Kuil San Poh Teng (juga dikenali sebagai Kuil Sam Po Kong) terletak di kaki bukit (2°11′48″N 102°15′22″E / 2.1966°N 102.2562°E), dibina oleh pengikut Hang Li Po bagi kegunaan peribadinya tetapi juga merupakan sumber air bagi kebanyakan bandar. Ia juga merupakan sasaran bagi pasukan musuh, yang sama ada cuba meracuninya atau menawannya bagi kegunaan mereka. Perigi Hang Li PoIa didakwa tidak pernah kering walaupun semasa musim kemarau. Hari ini ia terkenal sebagai perigi impian dan dikatakan sesiapa yang melontar wang syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka.
Bukit Cina dan dua bukit bersebelahannya membentuk perkuburan Cina melitupi 250,000 meter persegi. Dengan lebih 12,000 kubur, sesetengah daripadanya bertarikh hingga Dinasti Ming. Ia dikatakan sebagai perkuburan Cina terbesar di luar China.
Perigi Tujuh Naga laksamana Cheng Ho
suntingPerigi Tujuh Laksamana Cheng Ho terletak di kaki Bukit Cina bersebelahan Kuil Sam Poh Teng. Perigi ini digali oleh Pasukan laut Ekspedisi Laksamana Cheng Ho semasa perhentian mereka di Melaka semasa Dinasti Ming. Bukit China telah dipilih oleh Laksamana untuk digunakan sebagai pangkalan bagi pasukan ekspedisinya. Telaga Tujuh juga dikenali sebagai perigi Naga menurut prinsip feng syui. Kerajaan tempatan telah menutup beberapa perigi tersebut semasa tahun 50-an dan 60-an bagi pembinaan jalan. Sehingga kini, hanya tiga perigi kekal dan ia tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.
Pasukan Laut Ekspedisi Laksamana Zheng He yang belayar ke Melaka beberapa kali ada menubuhkan ibu pejabat wilayah di Melaka pada kurun ke-15 bagi melaksanakan kawasan diplomasi dan aktiviti entrepot di Asia Tenggara hasil hubungan rapat antara maharaja China dan Kerajaan Melaka selain kepentingan Melaka sebagai pelabuhan entrepot di Asia Tenggara.[1]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Cheng Ho and Islam in Southeast Asia, Tan Ta Sen, Dasheng Chen, Institute of Southeast Asian Studies, 19 Oktober 2009 - 291 halaman
Nota
sunting- De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 978-983-43519-2-2.