Bukit Tengkorak terletak di Semporna, Sabah. Ahli arkeologi telah menjumpai beberapa jenis tengkorak di bukit itu, dengan itu ia dinamakan bukit tengkorak.

Bukit Tengkorak telah dikenal pasti sebagai tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara pada Zaman Neolithik sekitar 3,000 tahun dahulu.

Kajian cari gali telah mula dilaksanakan di Bukit Tengkorak sejak 1994 oleh penyelidik dari Pusat bagi Kajian Arkhaeologi Universiti Sains Malaysia (USM) bersama dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah. Kajian tersebut bertujuan mengadakan kajian saintifik dan sistematik di tapak arkhaeologi ini.[1]

Hasil kajian itu telah menjumpai beribu kepingan tembikar prasejarah dan kajian menunjukkan bahawa kaedah yang sama masih diamalkan di Semporna sehingga hari ini. Bukit Tengkorak Merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian dari bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer persegi. Merupakan sebuah tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia dan Asia Tenggara hasil dari peyelidikan arkeologi yang menunjukkan Bukit Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.

Berpuluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di Bukit Tengkorak. Sumber tanah liat bagi pembuatan tembikar tersebut juga turut ditemui.[2] Kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.

Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan diantara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3000 tahun dahulu.[3]

Tapak pembuatan tembikar ini mempunyai hubungan antara masyarakat tempatan dengan pedagang-pedagang dari sekitar bahagian laut Andaman. Bukit Tengkorak memberi bukti perdagangan laut prasejarah dan pergerakan manusia yang terpanjang di dunia pada 3,000 tahun dahulu.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting