Buku Han
Sejarah Wangsa Han Awal (Cina ringkas: 汉书 ; Cina tradisional: 漢書 ; pinyin: Hànshū), lebih dikenali sebagai Buku Han, adalah himpunan sejarah China klasik yang disiapkan pada tahun 111 M, meliputi sejarah China zaman Han Barat dari 206 SM hingga 25 M. Karya ini dicipta oleh Ban Biao, Ban Gu, dan Ban Zhao. Buku ini disusuli dengan Sejarah Wangsa Han Akhir mengimbau zaman Han Timur dari tahun 25 hingga 220 M, kemudian disambungkan pada abad ke-5 oleh Fan Ye (398–445). Ramai cendekiawan menganggarkan bahawa bahan-bahan terawal yang dinyatakan dalam catatan ini terbit sejak tahun 206 dan 202 SM.[1] Buku ini juga terkandung sebutan bertulis terawal mengenai Jepun.
Wikisumber bahasa Cina mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Rujukan
sunting- ^ Kennedy, Brian. Guo, Elizabeth. [2005] (2005). Chinese Martial Arts Training Manuals: A Historical Survey. North Atlantic Books Publishing. ISBN 1556435576
Pautan luar
sunting- Pan Chao (Ban Zhao), Female Historian Diarkibkan 2005-02-10 di Wayback Machine