Buldog lama Inggeris (baka moden)

baka anjing moden dari Amerika Syarikat

Buldog lama Inggeris[a] ialah satu baka anjing Amerika yang diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) pada Januari 2014. Baka ini disenaraikan dalam Kumpulan Anjing Pengawal UKC.[1] Lima tahun sebelum pengiktirafan UKC, baka ini didaftarkan oleh bekas Canine Developmental, Health and Performance Registry (CDHPR), iaitu sebuah perniagaan milik persendirian yang terletak di Kalamazoo, Michigan. Pada awal tahun 2000-an, CDHPR telah bekerja dengan UKC di bawah perjanjian unik untuk membangunkan rancangan dan strategi pembiakbakaan dalam usaha menghasilkan baka anjing lebih baik yang akan diterima sebagai baka tulen dan, oleh itu, layak untuk pendaftaran UKC.[2]

Buldog lama Inggeris
Buldog lama Inggeris jantan UKC
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan 60–80 paun (27–36 kg)
Betina 50–70 paun (23–32 kg)
Tinggi Jantan 17–20 inci (43–51 cm)
Betina 16–19 inci (41–48 cm)
Bulu Pendek, ketat, dan sederhana hingga pendek
Warna Brindle, merah, perang kekuning-kuningan, atau hitam; sama ada padu atau pied: putih, perang kekuning-kuningan, merah, hitam
Saiz perinduk 3–12 ekor anak anjing
Jangka hayat 9–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Pada awal tahun 1970-an, pembiak baka anjing David Leavitt dari Coatesville, Pennsylvania, ingin "mewujudkan buldog semula dengan rupa, kesihatan, dan atletisisme buldog abad ke-18 yang pada asalnya diwujudkan untuk sukan Inggeris pengumpanan lembu pada antara tahun 1100 dengan tahun 1835".[3] Dalam usaha untuk secepatnya mencapai matlamat beliau untuk anjing baka tulen, Leavitt memodelkan program beliau sempena skim pembiakbakaan titisan ternakan yang dibangunkan oleh Nathan Fechimer, seorang profesor di Jabatan Sains Tenusu, Universiti Negeri Ohio.[1] Hasilnya ialah baka atletik yang kelihatan serupa dengan bulldog tahun 1820, tetapi dengan perangai ramah, kurang isu kesihatan, dan dengan kelanjutan usia yang menjangkau ke usia belasan tahun. Penyelidik Amerika Syarikat telah berkata bahawa olde English bulldogge ialah "calon berdaya maju" sebagai silangan ke luar untuk membina buldog semula berdasarkannya; baka yang dicadangkan oleh kajian genetik sebagai baka biak baka dalam sehingga "tidak dapat dikembalikan kepada kesihatan tanpa kemasukan susur galur baharu".[4]

Sejarah sunting

Olde English bulldogge ialah percubaan untuk mewujudkan "Regency Period Bull Baiter" semula dan dikembangkan pada awal tahun 1970-an oleh David Leavitt, dari Coatesville, Pennsylvania, di Amerika Syarikat.[5] Leavitt memulakan projek beliau pada tahun 1971 dengan menggunakan skim pembiakbakaan titisan lembu oleh Dr. Fechimer dari Universiti Negeri Ohio.[5] Matlamatnya adalah untuk mewujudkan anjing dengan rupa, kesihatan, dan atletisime seperti anjing asli pengumpanan lembu, tetapi dengan perangai jauh kurang agresif.[5] Silangan asasi terdiri daripada setengah buldog Inggeris, seperenam buldog Amerika, seperenam bulmastif, dan seperenam daripada baka lain.[5] Selepas banyak silangan terancang, olde English bulldogge muncul dan mula membiak dengan tulen.[6]

Leavitt membentuk Olde English Bulldogge Association (OEBA) untuk mengekalkan buku pembaka baka ini dan mengeluarkan kertas pendaftaran kepada anak akan datang.[7] Semasa tahun 1980-an, Ben dan Karen Campetti dari Sandisfield, Massachusetts, bekerja rapat-rapat dengan Leavitt dalam pembiakbakaan olde English bulldogge.[6] Pada tahun 1993, Leavitt menghentikan pembiakbakaan dan menyerahkan pejabat pendaftaran OEBA serta ternakan pembiakbakaan peribadi beliau kepada Working Dog Inc. yang dimiliki dan dikendalikan oleh Michael Walz dari Pennsylvania.[6]

Pada tahun 2001, Olde English Bulldogge Kennel Club (OEBKC) dibentuk[6] dan, pada tahun 2005, David Leavitt terlibat dalam penggabungan pejabat pendaftaran Olde English Bulldogge Association dengan pejabat pendaftaran OEBKC.[8] Olde English bulldogge didaftarkan dengan Canine Developmental Health and Performance Registry (CDHPR) pada Ogos 2008 untuk menilai baka ini untuk pengiktirafan dalam UKC sebagai baka anjing tulen.[9] Pada tahun 2013, UKC mengumumkan bahawa olde English bulldogge akan menjadi baka sepenuhnya beriktiraf pada 1 Januari 2014.[10] OEBKC buat masa ini merupakan Kelab Induk beriktiraf untuk baka ini dengan United Kennel Club (UKC).[11]

Buldog Leavitt sunting

 
Buldog Leavitt

Untuk mengekalkan sasaran asli pembiakbakaan beliau dan untuk membezakan susur galur olde English bulldogge beliau daripada susur galur pembiak baka lain, pada tahun 2004, David Leavitt menamai susur galur anjing beliau Leavitt Bulldog (kadang-kadang dieja "Bulldogge"; "buldog Leavitt") dan mengasaskan Leavitt Bulldog Association pada tahun berikutnya. UKC mengiktiraf anjing yang berdaftar dengan Leavitt Bulldog Association sebagai Olde English Bulldogge, bersama-sama dengan yang berdaftar dengan Olde English Bulldogge Kennel Club dan Olde Bulldogge Club Europe.[12][13][14]

Penampilan sunting

 
Buldog lama Inggeris betina UKC pada usia 8 tahun

Buldog lama Inggeris ialah anjing berotot bersaiz sederhana dengan kekuatan hebat yang memiliki pergerakan gemalai dan tangkas. Ia cukup seimbang dan berperkadaran, sambil kelihatan mampu melakukan tugas tanpa sebarang sekatan pernafasan sama ada dalam keadaan panas atau sejuk. Kecacatan serius termasuk kedutan berlebihan dan kekurangan pigmen di sekeliling mata, hidung, atau mulut.[15]

 
Buldog lama Inggeris dapat mempunyai warna lapis bulu berlainan.

Tengkoraknya besar dan berperkadaran baik dengan tubuh berotot dan bahu menonjol anjing ini. Terdapat alur jelas di antara mata (dari stop ke oksiput). Tengkorak sempit dan dahi berkubah merupakan kecacatan. Muncungnya berbentuk segi empat sama, lebar, dan dalam. Gigitannya ialah undershot atau gunting berbalik. Tulang rahang bawah sederhana melengkung dari hadapan ke belakang. Lubang hidung adalah lebar dengan garisan yang lalu secara menegak di antara lubang hidung dari hujung hidung ke bawah bibir atas. Hidungnya besar dan lebar berhubung dengan lebar muncung. Warna hidung ialah hitam. Matanya bersaiz sederhana dan berbentuk badam, perang gelap hingga cerah, dengan pinggir mata berpigmen hitam. Matanya renggang dan terletak rendah-rendah, separas dengan bahagian atas muncung. Telinganya kecil, mawar, butang, atau tulip. Telinga mawar diutamakan. Telinga terletak tinggi-tinggi, lebar, dan di tepi luar belakang tengkorak.[15] Lehernya sederhana panjang, lebar, dan sedikit melengkung. Tubuhnya tegap, berkuasa, dan berbentuk segi empat tepat sedikit apabila dilihat dari sisi. Dadanya lebar dan dalam. Tungkai belakangnya cukup berotot dan berpenamilan lebih panjang sedikit daripada tungkai depan. Tungkai belakang patut lurus, selari, dan renggang. Corak warna yang diterima termasuk brindle, dan warna-warna padu, dengan putih atau tanpa putih. Jantan patut seberat 60–80 paun (27–36 kg) dan setinggi 17–20 inci (43–51 cm) pada paras kelasa, sementara betina patut setinggi 50–70 paun (23–32 kg) dan seberat 16–19 inci (41–48 cm) pada paras kelasa.[15]

Kesihatan sunting

Buldog lama Inggeris mungkin merupakan baka anjing lebih sihat berbanding dengan baka-baka buldog moden, walaupun dapat terjejas akibat banyak gangguan sama yang berlaku pada mana-mana baka. Penyokong baka ini mengekalkan bertegas bahawa ia tidak mengalami gangguan sama seperti buldog baka tulen.[16] Sebuah kajian tahun 2016 yang diterbitkan dalam jurnal Canine Genetics and Epidemiology memeriksa kepelbagaian genetik sesama 102 ekor buldog berdaftar. Buldog lama Inggeris disebut sebagai calon penyilangan ke luar untuk memperkenalkan genetik baharu dalam usaha untuk membetulkan sesetengah masalah yang berkaitan dengan pembiakbakaan dalam.[17] Di Kesatuan Eropah, peraturan telah ditulis khusus untuk haiwan ladang yang menyatakan bahawa ia mempunyai hak "kebebasan daripada ketidakselesaan" dan "kebebasan daripada kesakitan, kecederaan, dan penyakit". Pindaan perlembagaan tahun 2013 di Switzerland menyatakan peraturan EU semula dengan lebih terperinci dan melanjutkan hak-hak tersebut kepada semua haiwan. Ramai pembiak baka anjing Switzerland telah mula menyilangkan buldog ke luar dengan buldog lama Inggeris, lalu mewujudkan buldog benua dalam usaha untuk membawa buldog kepada kepatuhan.[17]

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: بولدوݢ لام ايڠݢريس; bahasa Inggeris: olde English bulldogge

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Breed: Olde English Bulldogge" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 1 Januari 2014. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  2. ^ "Canine Developmental Health and Performance Registry". CDHPR.com (dalam bahasa Inggeris). 4 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2013. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  3. ^ "United Kennel Club Announces the Recognition of the Olde English Bulldogge" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 22 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2013. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  4. ^ Rincon, Paul (29 Julai 2016). "English Bulldog cross-breeding urged". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Mac 2024.
  5. ^ a b c d Semencic, Carl (Ogos 1984). The World of Fighting Dogs (dalam bahasa Inggeris). Neptune, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 0-86622-656-7.
  6. ^ a b c d "Our History". OEBKC.com (dalam bahasa Inggeris). Olde English Bulldogge Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2020. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  7. ^ Semencic, Carl (April 1998). Gladiator Dogs (dalam bahasa Inggeris). Neptune, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 0-7938-0596-1.
  8. ^ "About Us". OEBKC.com (dalam bahasa Inggeris). Olde English Bulldogge Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2020. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  9. ^ "[Home page]". CDHPR.com. Canine Developmental Health and Performance Registry. Dicapai pada 30 Mac 2024.Templat:Dead URL
  10. ^ "UKC Announcement of Recognition" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2013.
  11. ^ "Rare Breed Spotlight". Dog World. BowTie Inc. Mac 2009.[petikan lengkap diperlukan]
  12. ^ Harris, Davis (2008). The Bully Breeds (dalam bahasa Inggeris). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 74–75. ISBN 978-1-59378-664-9 – melalui Google Books.
  13. ^ Zwettler, Walter; Zwettler, Marlene (2012). The Great Book of Bulldogs, Bull Terrier and Molosser (dalam bahasa Inggeris). Part 1: Bulldogs and Bull Terrier. Berlin, Jerman: Epubli GmbH. ISBN 978-3-8442-3922-5 – melalui Google Books.[pautan mati kekal]
  14. ^ "Single Registration Requirements: Olde English Bulldogge" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  15. ^ a b c "UKC Standard" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2014.
  16. ^ Maggitti, Phil (1 Oktober 2009). "Olde English Bulldogges". Bulldogs (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 15. ISBN 9780764196539. Dicapai pada 30 Mac 2024 – melalui Google Books.
  17. ^ a b Pedersen, Niels C.; Pooch, Ashley S.; Liu, Hongwei (29 Julai 2016). "A genetic assessment of the English bulldog". Canine Genetics and Epidemiology (dalam bahasa Inggeris). Springer Nature. 3 (1): 6. doi:10.1186/s40575-016-0036-y. ISSN 2052-6687. PMC 4965900. PMID 27478618.

Bacaan lanjut sunting