Buldog Inggeris

baka anjing dari England, United Kingdom

Buldog Inggeris[a] atau hanya buldog[b] ialah satu baka anjing British daripada jenis mastif. Ia mungkin juga dikenali sebagai buldog British.[c] Ia merupakan anjing berotot bersaiz sederhana dengan berat sekitar 40–55 lb (18–25 kg). Ia mempunyai kepala besar dengan lipatan kulit tebal di sekitar muka dan bahu dan muka agak rata dengan rahang bawah menjulur. Baka ini mempunyai isu kesihatan ketara akibat pembiakbakaan untuk penampilan distingtifnya, termasuk brakisefalia, displasia pinggul, kepekaan haba, dan jangkitan kulit. Oleh sebab kebimbangan tentang kualiti hidupnya, pembiakbakaan buldog Inggeris diharamkan di Norway dan di Belanda.

Buldog Inggeris
Nama lainBuldog
Buldog British
Negara asalEngland[1]
Trait
Berat Jantan 50–55 lb (23–25 kg)
Betina 40–50 lb (18–23 kg)
Warna Brindle; putih padu, merah perang kekuning-kuningan, atau kuning; piebald
CatatanHaiwan kebangsaan United Kingdom
Anjing (Canis lupus familiaris)

Buldog moden dibiakbakakan sebagai anjing teman daripada buldog lama Inggeris, baka yang kini pupus yang digunakan untuk pengumpanan lembu, apabila sukan ini diharamkan di England di bawah Akta Kekejaman terhadap Haiwan. The Bulldog Club (di England) ditubuhkan pada tahun 1878 dan Bulldog Club of America ditubuhkan pada tahun 1890. Walaupun kerap digunakan sebagai lambang kebengisan dan keberanian, buldog moden pada umumnya anjing ramah dan mesra. Buldog kini umumnya dibela sebagai anjing peliharaan; pada tahun 2013, buldog ialah baka ke-12 paling kerap berdaftar di seluruh dunia.[2]

Sejarah

sunting
 
Lukisan seekor buldog dari tahun 1790 oleh seniman Inggeris Philip Reinagle.

Rujukan pertama kepada perkataan "bulldog" bertarikh pada tahun 1631 atau tahun 1632 dalam sepucuk surat oleh seorang lelaki bernama Preswick Eaton yang dalamnya dia menulis: "procuer mee two good Bulldogs, and let them be sent by ye first shipp" (terjemahan: "dapatkanku dua ekor buldog bagus dan kirimkan mereka dengan kapal pertama").[3] Pada tahun 1666, saintis Inggeris Christopher Merret menggunakan: "Canis pugnax, a Butchers Bull or Bear Dog" ("anjing lembu atau anjing beruang tukang daging"), sebagai entri dalam Pinax Rerum Naturalium Britannicarum beliau.[4]

Gelaran "bull" ("lembu jantan; kerbau jantan; dll. (jantan)") digunakan oleh sebab kegunaan anjing ini dalam sukan pengumpanan lembu jantan. Ini memerlukan penetapan anjing (selepas meletakkan taruhan pada setiap anjing) di hadapan seekor lembu jantan tertambat. Anjing yang menangkap hidung lembu jantan itu dan menumbangkannya ke tanah menjadi pemenang. Ada kelaziman bahawa lembu jantan mencacatkan atau membunuh beberapa ekor anjing dalam acara sedemikian, sama ada dengan merodok, melambungkan, atau memijak-mijak anjing-anjing tersebut.[5] Selama berabad-abad, anjing yang digunakan untuk pengumpanan lembu mengembangkan tubuh gempal dan kepala dan rahang besar yang menjeniskan baka ini, serta perangai ganas dan buas.[5] Pengumpanan lembu diharamkan di England melalui Akta Kekejaman Terhadap Haiwan 1835.[6] Oleh itu, buldog lama Inggeris telah hidup lebih lama daripada kegunaannya di England sebagai haiwan sukan dan zaman "kerja"-nya mendekati penghujung. Walau bagaimanapun, para emigran memang mempunyai kegunaan untuk anjing sedemikian di Dunia Baru. Di New York pertengahan abad ke-17, buldog digunakan sebagai sebahagian daripada usaha di seluruh bandar untuk pengumpulan yang dipimpin oleh Gabenor Richard Nicolls. Oleh sebab pengepungan dan penggiringan lembu jantan liar adalah berbahaya, buldog dilatih untuk menangkap lembu jantan dengan hidungnya dengan cukup lama sehingga ada tali untuk dipasang di lehernya.[7]

Buldog sebagai haiwan peliharaan terus dipromosikan oleh peniaga anjing Bill George.[8]

Pada tahun 1864, sekumpulan pembiak baka buldog yang dipimpin oleh R. S. Rockstro mengasaskan kelab buldog pertama. Tiga tahun selepas pembukaannya, kelab ini berhenti wujud, tanpa menganjurkan satu pertunjukan pun. Pencapaian utama Rockstro Bulldog Club ialah perihal terperinci tentang buldog, yang dikenali sebagai piawaian Philo-Kuan. Samuel Wickens, bendahari kelab, menerbitkan perihal ini pada tahun 1865 di bawah pseudonim Philo-Kuan.[9][sumber lebih baik diperlukan]

Pada 4 April 1873, The Kennel Club diasaskan, kelab pembiakbakaan anjing pertama yang berurusan dengan pendaftaran anjing baka tulen dan baka anjing.[10]Templat:Primary source inline Buldog disertakan dalam jilid pertama Buku Pembaka The Kennel Club, yang dipersembahkan dalam Pertunjukan Birmingham pada 1 Disember 1874. Buldog Inggeris pertama yang dimasukkan ke dalam daftar ialah seekor anjing jantan bernama Adam, lahir pada tahun 1864.[perlu rujukan]

 
Buldog dari tahun 1915

Pada Mac 1875, kelab buldog ketiga didirkan, yang masih wujud sehingga kini.[11][12][sumber lebih baik diperlukan] Para anggota kelab ini kerap bertemu di pub Blue Post di Jalan Oxford di London. Para pengasas kelab mengumpulkan semua maklumat yang tersedia tentang baka ini dan wakil-wakil terbaiknya dan membangunkan piawaian baharu untuk buldog Inggeris, yang diterbitkan pada 27 Mei 1875, tahun sama yang padanya mereka mengadakan pertunjukan baka pertama. Sejak tahun 1878, pameran kelab ini diadakan setiap tahun, kecuali semasa Perang Dunia Kedua. Pada 17 Mei 1894, The Bulldog Club dianugerahi status perbadanan dan sejak itu telah membawa nama rasmi "The Bulldog Club, Inc.". Ini merupakan kelab anjing satu baka tertua di dunia.[13][sumber lebih baik diperlukan]

Buldog diiktiraf secara rasmi oleh American Kennel Club pada tahun 1886.[14]

Pada tahun 1894, dua ekor buldog teratas, King Orry dan Dock Leaf, bertanding dalam pertandingan untuk menentukan anjing yang mampu berjalan sejauh 20 batu (32 km). King Orry merupakan kenangan daripada buldog asli, bertulang lebih ringan, dan sangat atletik. Dock Leaf ialah anjing lebih kecil dan lebih berat, lebih seperti buldog moden. King Orry diisytiharkan sebagai pemenang pada tahun itu, setelah menamatkan perjalanan sejauh 20 batu (32 km) manakala Dock Leaf rebah dan mati.[15] Walaupun kini, buldog kelihatan gagah, ia tidak dapat melaksanakan tugas yang untuknya pada asalnya ia dibiakkan, kerana ia tidak mampu menahan kedahsyatan pengejaran lembu dan pelambungan oleh lembu dan juga tidak dapat kuat-kuat memegang dengan muncung begitu pendek.[16]

Perihal

sunting

Penampilan

sunting
 
Seekor buldog berusia 4 tahun daripada susur galur Champion, pandangan sisi. Perhatikan "tali" di atas hidung, dan rahang bawah lebih panjang

Buldog mempunyai kepala dan bahu lebar yang menjadi ciri bersama-sama dengan prognatisme rahang bawah jelas. Pada umumnya terdapat lipatan kulit tebal pada kening; mata bulat, hitam, terletak rengang-rengang; muncung pendek dengan lipatan ciri yang dipanggil tali atau gulungan hidung di atas hidung; kulit tergantung di bawah leher; bibir menjebik dan gigi runcing, dan gigitan bawah dengan rahang terbalik. Lapis bulunya pendek, rata, dan berkilat dengan warna merah, perang kekuning-kuningan, putih, brindle, dan piebald.[14] Ia mempunyai ekor pendek yang sama ada dapat tergantung lurus ke bawah atau tersemat dalam "skru gabus" bergelung ke dalam poket ekor.

Di United Kingdom, piawaian baka ialah 55 lb (25 kg) untuk jantan dan 50 lb (23 kg) untuk betina.[17] Di Amerika Syarikat pula, piawaian mensyaratkan anjing lebih kecil — jantan matang tipikal berukuran seberat 50 lb (23 kg), manakala betina matang pula seberat kira-kira 40 lb (18 kg).[18]

Perangai

sunting
 
Anak buldog berusia enam bulan daripada susur galur Champion AKC

Menurut American Kennel Club (AKC), pembawaan buldog patut "tenang dan baik hati, tegas, dan berani (tidak ganas atau agresif), dan perilaku patut cenderung damai dan penuh kehormatan. Atribut-atribut ini patut diimbangi dengan ekspresi dan tingkah laku".[19]

Buldog terkenal kerana mudah bergaul dengan kanak-kanak, anjing lain, dan haiwan peliharaan lain.[20][21]

Kesihatan

sunting

Jangka hayat

sunting

Sebuah kajian tahun 2022 di United Kingdom tentang data veterinar mendapati jangka hayat sebanyak 7.39 tahun, angka kedua terendah antara semua baka dalam kajian.[22] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 9.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[23]

Tinjauan United Kingdom tahun 2004 mendapati bahawa punca utama bagi kematian buldog merupakan masalah berkaitan dengan jantung (20%), kanser (18%), dan usia lanjut (9%).[24]

Brakisefali

sunting
 
Evolusi brakisefalia pada buldog. Kiri ke kanan, tengkorak hampir-hampir dari tahun 1910-an, 1960-an, dan 1980-an.

Muncung pendek dan muka tertekan ke dalam pada buldog Inggeris dikenali sebagai brakisefali.[25][26] Brakisefali menyebabkan pencanggaan bagi salur udara atasan dan membawa kepada penyekatan pernafasan.[27] Kesan brakisefali merupakan stridor, pernafasan berdengkus, emesis, dermatitis lipatan kulit, sindrom obstruktif salur udara brakisefalik, eksoftalmos, refleks gag farinks, sianosis, dan keruntuhan larinks.[28][29][27][30][31][32][33] Isu lain yang timbul daripada brakisefali merupakan risiko komplikasi di bawah pengaruh anestesia,[34] dan hipertermia — yang disebabkan oleh ketidakbolehan untuk menurunkan suhu badan dengan berkesan melalui cungapan.[35] Banyak syarikat penerbangan mengharamkan baka ini daripada penerbangan di dalam ruang simpanan kargo kerana kadar kematian tinggi akibat interaksi buruk antara tekanan udara dengan masalah pernafasannya.[36]

Keadaan lain

sunting

Statistik daripada Orthopedic Foundation for Animals menunjukkan bahawa daripada 467 ekor buldog yang diuji pada antara tahun 1979 dengan tahun 2009 (30 tahun), 73.9% terjejas akibat displasia pinggul, angka tertinggi antara semua baka.[37] Begitu juga, baka ini mempunyai skor terburuk dalam skim penskoran British Veterinary Association/Kennel Club Hip Dysplasia, walaupun hanya 22 ekor buldog yang diuji dalam skim tersebut.[38]

Sebuah kajian di England mendapati bahawa buldog mempunyai risiko hampir tiga kali ganda lebih besar bagi kehelan tempurung lutut, dengan 2.9% daripada semua buldog yang menghidap keadaan ini.[39]

Dalam sebuah kajian United Kingdom tahun 1963, 17% daripada jumlah buldog yang ditinjau menghidap dermatitis lipatan kulit.[40] Baka ini juga cenderung terhadap dermatitis atopi.[41]

Sebuah kajian oleh Royal Veterinary College mendapati bahawa buldog ialah baka jauh kurang sihat berbanding dengan purata, dengan lebih daripada dua kali ganda kemungkinan untuk didiagnosis dengan sekurang-kurangnya salah satu daripada kecelaruan anjing umum yang disiasat dalam kajian itu.[42]

Lebih daripada 80% daripada perinduk buldog dilahirkan melalui pembedahan caesar kerana kepala besarnya yang merupakan cirinya dapat tersangkut di dalam saluran kelahiran si ibu dan untuk mengelakkan masalah pernafasan yang berpotensi untuk si ibu semasa bersalin.[43]

Sebuah kajian British mendapati bahawa demodikosis adalah lebih prevalen pada buldog berbanding dengan baka lain. Prevalens keseluruhan ialah 1.5% pada baka ini berbanding dengan kadar 0.17% untuk semua anjing. Untuk anjing yang berusia kurang daripada 2 tahun, prevalensnya ialah 3.6% berbanding dengan 0.48%.[44]

Buldog ialah salah satu daripada dua baka paling lazim terjejas akibat hernia hiatus.[45]

Kontroversi dan status undang-undang

sunting

Pada Januari 2009, selepas dokumentari BBC Pedigree Dogs Exposed, The Kennel Club memperkenalkan piawaian baka semakan semula untuk British Bulldog, bersama-sama dengan 209 baka lain, untuk menguruskan kebimbangan kesihatan. Selepas ditentang oleh British Bulldog Breed Council, pihak akhbar berspekulasi bahawa perubahan-perubahan itu akan membawa kepada kepala lebih kecil, lipatan kulit berkurangan, muncung lebih panjang, dan postur lebih tinggi dan lebih kurus, untuk memerangi masalah dengan pernafasan dan pembiakan akibat saiz kepala dan lebar bahu.[46] Pada tahun 2019, Raad van Beheer op Kynologisch Gebied in Nederland (Kelab Kenel Belanda) melaksanakan beberapa peraturan pembiakbakaan untuk memperbaik kesihatan buldog. Antaranya merupakan ujian kebugaran yang melibatkan yang anjing perlu berjalan sejauh 1 kilometer (0.62 bt) dalam masa 12 minit. Suhu dan kadar denyut jantungnya perlu pulih selepas 15 minit.[47]

Pada tahun 2014, pemerintah Belanda melarang pembiakbakaan anjing dengan muncung lebih pendek daripada sepertiga panjang tengkorak, termasuk buldog, iaitu undang-undang yang mula dikuatkuasakan pada tahun 2019.[48] Pada tahun 2022, Mahkamah Daerah Oslo membuat keputusan yang mengharamkan pembiakbakaan buldog di Norway oleh sebab kecenderungannya untuk menderitai masalah kesihatan. Dalam keputusannya, mahkamah memutuskan bahawa tiada anjing daripada baka ini dapat dianggap sihat. Oleh itu, penggunaannya untuk pembiakbakaan akan menjadi pelanggaran Akta Kebajikan Haiwan Norway.[49][50]

Kepentingan kebudayaan

sunting
 
Buldog ialah lambang kebangsaan kebudayaan British

Buldog kerap dikaitkan dengan keazaman, kekuatan, dan keberanian oleh sebab pekerjaannya dalam sejarah, walaupun anjing zaman moden dibiakbakakan untuk penampilan dan keramahan dan tidak sesuai untuk desakan fizikal ketara. Ia kerap digunakan sebagai maskot oleh pihak universiti, pasukan sukan, dan pertubuhan lain-lain. Sesetengah maskot buldog yang lebih terkenal termasuk Jack daripada Georgetown, Blue IV daripada Butler, Handsome Dan daripada Yale, Uga daripada Universiti Georgia, Bully daripada Universiti Negeri Mississippi, dan Chesty daripada Kor Marin Amerika Syarikat.[51][52]

Buldog berasal dari England dan mempunyai hubungan bertahan lama dengan kebudayaan British; BBC menulis: "Bagi ramai orang, buldog ialah ikon kebangsaan, yang melambangkan keberanian dan keazaman".[53] Semasa Perang Dunia Kedua, Perdana Menteri Winston Churchill diumpamakan seperti buldog kerana penentangan terhadap pihak Jerman Nazi.[54]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: بولدوݢ ايڠݢريس; bahasa Inggeris: English bulldog
  2. ^ Jawi: بولدوݢ; bahasa Inggeris: bulldog
  3. ^ Jawi: بولدوݢ بريتيش; bahasa Inggeris: British bulldog

Rujukan

sunting
  1. ^ Wilcox, Charlotte (Ogos 1998). The Bulldog [Buldog] (dalam bahasa Inggeris). Mankato, Minnesota, Amerika Syarikat: Capstone Publishers. m/s. 5. ISBN 9780736800044. OCLC 903504463.
  2. ^ [Svenska Kennelklubben] (2013). Registration figures worldwide – from top thirty to endangered breeds (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 23 Mac 2014 di Wayback Machine. FCI Newsletter 15. Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  3. ^ Jesse, George Richard (1866). Researches into the History of the British Dog [Penyelidikan tentang Sejarah Anjing British] (dalam bahasa Inggeris). 2. London, United Kingdom: Robert Hardwicke. m/s. 306. OCLC 2581820.
  4. ^ Merret, Christopher (1666). Pinax Rerum Naturalium Britannicarum, continens Vegetabilia, Animalia, et Fossilia (dalam bahasa Inggeris). m/s. 169. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  5. ^ a b "Bulldog origin" [Asal usul buldog]. NEBKC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2024.
  6. ^ Curnutt, Jordan (2 November 2001). Animals and the Law: A Sourcebook [Haiwan dan Undang-undang: Buku Sumber] (dalam bahasa Inggeris). Santa Barbara, California, Amerika Syarikat: ABC-Clio. m/s. 284. ISBN 9781576071472. OCLC 47289902.
  7. ^ Ellis, Edward Robb (21 Disember 2004). The Epic of New York City: A Narrative History [Epik Bandar Raya New York: Sejarah Naratif] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Carroll & Graf Publishers. ISBN 9780786714360. OCLC 426344378.
  8. ^ Oliff, Douglas B. (1988). The Mastiff and Bullmastiff Handbook [Buku Panduan Mastif dan Bulmastif] (dalam bahasa Inggeris). Woodbridge, Suffolk, United Kingdom: Boydell Press. ISBN 9780851154855. OCLC 16474176.
  9. ^ "The Origin of the English Bulldog Standard" [Asal Usul Piawaian Buldog Inggeris]. Bulldog Information (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2004. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  10. ^ "History of the Kennel Club" [Sejarah The Kennel Club]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2020. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  11. ^ "History of the English Bulldog" [Sejarah Buldog Inggeris]. Bulldog Information (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2005. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  12. ^ "Origins of the English Bulldog" [Asal Usul Buldog Inggeris]. Bulldog Club do Brasil (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2002. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  13. ^ "The first Bulldog breed Clubs and first Bulldog Champions" [Kelab-kelab baka buldog pertama dan buldog juara pertama]. Bulldog Information (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2006. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  14. ^ a b "Get to Know the Bulldog" (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 22 Disember 2015 di Wayback Machine, American Kennel Club. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  15. ^ The sun., 11 September 1894, Page 4, Image 4 (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 4 September 2012 di Wayback Machine
  16. ^ Thomson, Keith Stewart (Mei 1996). "The Fall and Rise of the English Bulldog" [Kejatuhan dan Kebangkitan Buldog Inggeris]. American Scientist (dalam bahasa Inggeris). Sigma Xi. 84 (3): 220. Bibcode:1996AmSci..84..220T. ISSN 0003-0996. JSTOR 29775665. S2CID 117956943.
  17. ^ "Bulldog breed standard" [Piawaian baka buldog] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2020. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  18. ^ "Home of the Official AKC Bulldog Breed Club" [Laman Kelab Kelab Buldog Rasmi AKC]. Bulldog Club of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2021. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  19. ^ American Kennel Club – Bulldog (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 13 Ogos 2012 di Wayback Machine. akc.org. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  20. ^ Ewing, Susan M. (5 Januari 2006). Bulldogs for Dummies (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. ISBN 9780764599798. OCLC 76829997.
  21. ^ "Bulldog - Did You Know?" [Buldog - Tahukah Anda?]. Animal On Planet (dalam bahasa Inggeris). 12 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  22. ^ Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, David C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O'Neill, Dan Gerard (28 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom" [Jadual kehidupan jangka hayat dan mortaliti tahunan untuk anjing teman di United Kingdom]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 12 (1): 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35484374 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 248432001 Check |s2cid= value (bantuan).
  23. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  24. ^ Adams, Vicki J.; Evans, Katy M.; Sampson, Jeff; Wood, James Lionel Norman (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 1748-5827. PMID 21029096. S2CID 36903216.
  25. ^ Sumner, Helen (Januari 1979). "Upper airway obstruction in brachycephalic dogs" [Sekatan salur udara atas pada anjing brakisefalik]. Compendium on Continuing Education for the Practicing Veterinarian (dalam bahasa Inggeris). Veterinary Learning Systems. 1: 25–30. ISSN 0193-1903.
  26. ^ Pedersen, Niels C.; Pooch, Ashley S.; Liu, Hongwei (29 Julai 2016). "A genetic assessment of the English bulldog" [Pentaksiran genetik bagi buldog Inggeris]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 3 (1): 6. doi:10.1186/s40575-016-0036-y. ISSN 2662-9380. PMC 4965900. PMID 27478618. S2CID 9280543.
  27. ^ a b Hendricks, Joan C. (September 1992). "Brachycephalic Airway Syndrome" [Sindrom Salur Udara Brakisefalik]. Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 22 (5): 1145–1153. doi:10.1016/S0195-5616(92)50306-0. ISSN 1878-1306. PMID 1523786. S2CID 43043501.
  28. ^ Amis, T. C.; Kurpershoek, C. (Oktober 1986). "Pattern of breathing in brachycephalic dogs" [Pola pernafasan pada anjing brakisefalik]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 47 (10): 2200–2204. ISSN 1943-5681. PMID 3777646. S2CID 12771896.
  29. ^ Hendricks, Joan C.; Kline, L. R.; Kovalski, R. J.; O'Brien, J. A.; Morrison, A. R.; Pack, A. I. (1 Oktober 1987). "The English bulldog: a natural model of sleep-disordered breathing" [Buldog Inggeris: model semula jadi bagi pernafasan dengan kecelaruan tidur]. Journal of Applied Physiology (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Fisiologi Amerika. 63 (4): 1344–1350. doi:10.1152/jappl.1987.63.4.1344. ISSN 1522-1601. PMID 3693167. S2CID 2794012.
  30. ^ Meola, Stacy D. (Ogos 2013). "Brachycephalic Airway Syndrome" [Sindrom Salur Udara Brakisefalik]. Topics in Companion Animal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 28 (3): 91–96. doi:10.1053/j.tcam.2013.06.004. ISSN 1946-9837. PMID 24182996. S2CID 206281841.
  31. ^ Lundgrun, Becky (26 Jun 2006). "Reverse Sneezing (Pharyngeal Gag Reflex)" [Bersin Berbalik (Refleks Gag Farinks)]. VeterinaryPartner.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2024.
  32. ^ Sebbag, Lionel; Sanchez, Rick F. (31 Disember 2022). "The pandemic of ocular surface disease in brachycephalic dogs: The brachycephalic ocular syndrome" [Pandemik penyakit permukaan mata pada anjing brakisefalik: Sindrom mata brakisefalik]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 26 (S1): 31–46. doi:10.1111/vop.13054. ISSN 1463-5224. PMID 36585820 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 255366264 Check |s2cid= value (bantuan).
  33. ^ Hobi, Stefan; Barrs, Vanessa R.; Bęczkowski, Paweł M. (16 Jun 2023). Dzimira, Stanisław (penyunting). "Dermatological Problems of Brachycephalic Dogs" [Masalah Dermatologi Anjing Brakisefalik]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 13 (12): 2016. doi:10.3390/ani13122016. ISSN 2076-2615. PMC 10294810 Check |pmc= value (bantuan). PMID 37370526 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 259270591 Check |s2cid= value (bantuan).
  34. ^ Gruenheid, Michaela; Aarnes, Turi K.; McLoughlin, Mary A.; Simpson, Elaine M.; Mathys, Dimitria A.; Mollenkopf, Dixie F.; Wittum, Thomas E. (1 Ogos 2018). "Risk of anesthesia-related complications in brachycephalic dogs" [Risiko komplikasi berkaitan dengan anestesia pada anjing brakisefalik]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 253 (3): 301–306. doi:10.2460/javma.253.3.301. ISSN 1943-569X. PMID 30020004. S2CID 51676839.
  35. ^ Ewers Clark, Anna (22 Disember 2022). "Heatstroke and brachycephalic dogs – is there an increased risk?" [Strok haba dan anjing brakisefalik – adakah risiko meningkat?]. Veterinary Evidence (dalam bahasa Inggeris). RCVS Knowledge. 7 (4). doi:10.18849/ve.v7i4.534. ISSN 2396-9776. S2CID 255031563 Check |s2cid= value (bantuan).
  36. ^ Haughney, Christine (7 Oktober 2011). "Banned by Many Airlines, These Bulldogs Fly Private" [Dilarang oleh Banyak Syarikat Penerbangan, Buldog Ini Terbang secara Swasta]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2011. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  37. ^ "Hip Dysplasia Statistics: Hip Dysplasia by Breed" [Statistik Displasia Pinggul: Displasia Pinggul mengikut Baka] (dalam bahasa Inggeris). Orthopedic Foundation for Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2010. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  38. ^ "British Veterinary Association/Kennel Club Hip Dysplasia Scheme – Breed Mean Scores at 01/11/2009" [Skim Displasia Pinggul British Veterinary Association/Kennel Club – Skor Min Baka pada 1 November 2009] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). British Veterinary Association. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2013. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  39. ^ O'Neill, Dan Gerard; Meeson, Richard L.; Sheridan, Adam; Church, David B.; Brodbelt, David C. (8 Jun 2016). "The epidemiology of patellar luxation in dogs attending primary-care veterinary practices in England" [Epidemiologi kehelan tempurung lutut pada anjing yang menghadiri amalan veterinar penjagaan primer di England]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 3 (1): 4. doi:10.1186/s40575-016-0034-0. ISSN 2662-9380. PMC 4898461. PMID 27280025. S2CID 6711157.
  40. ^ Hodgman, S. F. J. (Disember 1963). "Abnormalities and Defects in Pedigree Dogs–I. An Investigation into the Existence of Abnormalities in Pedigree Dogs in the British Isles" [Keabnormalan dan Kecacatan pada Anjing Pedigri–I. Penyiasatan tentang Kewujudan Keabnormalan pada Anjing Pedigri di Kepulauan British]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 4 (6): 447–456. doi:10.1111/j.1748-5827.1963.tb01301.x. ISSN 1748-5827. S2CID 73404440.
  41. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
  42. ^ O'Neill, Dan Gerard; Skipper, Alison; Packer, Rowena Mary Anne; Lacey, Caitriona; Brodbelt, David C.; Church, David B.; Pegram, Camilla (15 Jun 2022). "English Bulldogs in the UK: a VetCompass study of their disorder predispositions and protections" [Buldog Inggeris di United Kingdom: kajian VetCompass tentang predisposisi kecelaruan dan perlindungannya]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 9 (1): 5. doi:10.1186/s40575-022-00118-5. ISSN 2662-9380. PMC 9199211 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35701824 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 249676141 Check |s2cid= value (bantuan).
  43. ^ Evans, Katy M.; Adams, Vicki J. (1 Februari 2010). "Proportion of litters of purebred dogs born by caesarean section" [Perkadaran perinduk anjing baka tulen yang lahir melalui pembedahan caesar]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (2): 113–118. doi:10.1111/j.1748-5827.2009.00902.x. ISSN 1748-5827. PMID 20136998. S2CID 205923580.
  44. ^ O'Neill, Dan Gerard; Turgoose, E.; Church, David B.; Brodbelt, David C.; Hendricks, Anke (4 Oktober 2019). "Juvenile-onset and adult-onset demodicosis in dogs in the UK: prevalence and breed associations" [Demodikosis permulaan juvenil dan permulaan dewasa pada anjing di United Kingdom: prevalens dan perkaitan baka]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 61 (1): 32–41. doi:10.1111/jsap.13067. ISSN 1748-5827. PMC 7003809. PMID 31584708. S2CID 203660228.
  45. ^ Monnet, Eric, penyunting (16 Mei 2023). "Hiatal hernia" [Hernia hiatus]. Small Animal Soft Tissue Surgery [Surgeri Tisu Lembut Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 29–36. ISBN 9781119693680. OCLC 1370614682.
  46. ^ Elliott, Valerie (14 Januari 2009). "Healthier new Bulldog will lose its Churchillian jowl" [Buldog baharu yang lebih sihat akan kehilangan gelambir Churchill-nya]. The Times (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2009. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  47. ^ "Convenant Bulldog, breeding rules" [Buldog Waad, peraturan pembiakbakaan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Raad van Beheer op Kynologisch Gebied in Nederland. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  48. ^ "Dutch to crack down on breeding of dogs with too short snouts | Vet Times" [Belanda tidak keras terhadap pembiakbakaan anjing dengan muncung terlalu pendek | Vet Times]. vettimes.co.uk (dalam bahasa Inggeris). 31 Mei 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2020. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  49. ^ "Norway bans breeding of British Bulldogs and Cavalier King Charles spaniels" [Norway larang pembiakbakaan buldog British dan cavalier King Charles spaniel]. The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2 Februari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2022. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  50. ^ "Breeding ban for bulldogs and cavaliers in Norway" [Larangan pembiakbakaan untuk buldog dan cavalier di Norway]. France 24 (dalam bahasa Inggeris). 2 Februari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2022. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  51. ^ Denizet-Lewis, Benoit (22 November 2011) Can the Bulldog be Saved? (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 13 Mac 2021 di Wayback Machine The New York Times.
  52. ^ Burke, Anna (25 Mei 2018). "The Legacy of Chesty: How a Bulldog Became the United States Marine Corps Mascot" [Legasi Chesty: Cara Seekor Buldog Menjadi Maskot Kor Marin Amerika Syarikat]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  53. ^ "English Bulldog health problems prompt cross-breeding call" [Masalah kesihatan buldog Inggeris cetus seruan pembiakbakaan silang] (dalam bahasa Inggeris). BBC. 12 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2020. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  54. ^ Baker, Steve (16 Oktober 2001). Picturing the Beast: Animals, Identity, and Representation [Menggambarkan Binatang: Haiwan, Identiti, dan Perwakilan] (dalam bahasa Inggeris). Urbana, Illinois, Amerika Syarikat: University of Illinois Press. m/s. 52. ISBN 9780252070303. OCLC 46822325.