Burung Helang Pipit
Burung Helang Pipit (bahasa Inggeris: Besra) ialah burung pemangsa yang tergolong dalam keluarga Accipitridae. Ia merupakan pembiak huni yang tersebar luas di dalam hutan padat di seluruh Asia Selatan, dari Pakistan dan India hingga ke China selatan dan Indonesia. Burung ini yang bertelur 2-5 biji telur setiap kali bersarang di atas pokok, dan membina sarang yang baru setiap tahun. Nama saintifiknya Accipiter virgatus. [1]
Burung Helang Pipit | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
|
Burung Helang Pipit ialah burung yang sederhana saiznya (29-36cm). Kedua-dua bentuk sayap yang pendek dan lebar serta ekor yang panjang merupakan penyesuaian demi pergerakan yang pantas. Ciri biasa penerbangan spesies ini ialah "berkibas-kibas – berkibas-kibas – melayang". Bahagian bawah sayapnya yang berpalang membezakannya daripada A. badius, burung Shikra.
Spesies ini seakan-akan versi burung Shikra yang lebih tua warnanya, akan tetapi semua bulunya mempunyai jalur leher tegak yang tua warnanya. Burung jantan dewasa mempunyai bahagian atas yang berwarna kelabu kebiru-biruan dan bahagian bawah yang putih, dengan palang kemerah-merahan. Burung betina adalah lebih besar, dengan warna perang bahagian atasnya lebih tua daripada warna burung jantan. Anak burung mempunyai bahagian atas yang berwarna perang tua serta bahagian bawah yang putih, dengan palang perang. Ia juga memiliki ekor yang berpalang.
Pada musim sejuk, Besra akan muncul di kawasan hutan jarang yang lebih terbuka, termasuk savana dan ladang. Cara pemburuannya adalah serupa dengan burung-burung lang kecil yang lain seperti Sparrowhawk, A. nisus, atau Sharp-shinned Hawk, A. striatus. Burung ini bergantung kepada kejutan semasa terbang dari tempat bertenggeknya yang tersembunyi atau semasa menyentakkan pokok yang rimbun untuk menangkap mangsanya. Mangsanya termasuk cicak, dan pepatung, serta juga burung dan mamalia yang kecil.
Perlindungan
suntingBurung Takur Besar merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [2]
Rujukan
sunting- ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan mati kekal]
- ^ "Protection of Wild Life Act 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-06-23.
Pautan luar
sunting
Senarai burung | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |