Canadair CF-5
Canadair CF-5 (secara rasminya didesignasi sebagai CF-116 Freedom Fighter) merupakan sebuah pesawat pejuang terbitan daripada pesawat Northrop F-5 buatan Amerika Syarikat yang telah dibina secara berlesen oleh Canadair untuk kegunaan Angkatan Tentera Kanada. CF-5 telah ditingkat upaya secara berkala sepanjang tempoh perkhidmatannya di Kanada. Angkatan Tentera Kanada telah menghentikan penggunaan pesawat ini pada tahun 1995, meskipun begitu CF-5 masih lagi digunakan oleh beberapa negara lain sehingga pada awal ke-21.
CF-5/CF-116 Freedom Fighter | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pejuang-pengebom |
Pengeluars | Northrop Canadair |
Direka oleh | Edgar Schmued |
Diperkenalkan | 1968 |
Dihentikan | 1995 (Kanada) |
Pengguna utama | Angkatan Tentera Kanada Tentera Udara Diraja Norway Tentera Udara Belanda Tentera Udara Venezuela |
Dibangunkan dari | Northrop F-5 |
CF-5 telah dipesan oleh Tentera Udara Diraja Kanada, yang mana kemudian menjadi sebahagian daripada Angkatan Tentera Kanada pada 1 Februari 1968. Pasukan gabungan baru ini menerima penyerahan pertama pesawat CF-5 (secara umumnya ia dirujuk sebagai CF-5 kecuali di dalam dokumen-dokumen rasmi) pada penghujung tahun 1968. Jumlah yang dikeluarkan oleh Canadair untuk Angkatan Tentera Kanada adalah 89 buah pesawat versi satu tempat duduk dan 46 buah versi dua tempat duduk. Sejumlah pesawat juga dibina untuk Belanda dan Norway selain, beberapa lebihan pesawat dijual kepada Venezuela.
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
suntingNota
suntingBibliografi
sunting- McIntyre, Bob. Canadair CF-5 (Canadian Profile: Aircraft No. 4). Ottawa, Ontario: Sabre Model Supplies Ltd., 1985. ISBN 0-920375-02-2.
- Pickler, Ron and Larry Milberry. Canadair: the First 50 Years. Toronto: CANAV Books, 1995. ISBN 0-921022-07-7.
- Stachiw, Anthony L. Canadair CF-5 Freedom Fighter (Canadian Service Aircraft No.1). St. Catharine's, Ontario: Vanwell Publishing, 2003. ISBN 1-55125-073-X.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Canadair CF-5. |