Canseleri Jerman (Jerman: Bundeskanzleramt) adalah sebuah agensi yang menjadi pejabat eksekutif Canselor Jerman, iaitu ketua kerajaan persekutuan, Angela Merkel. Fungsi utama Canseleri ialah membantu Canselor dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti kerajaan persekutuan. Ketua Canseleri (Chef des Bundeskanzleramtes) menyandang jawatan Setiausaha Negara (Staatssekretär) atau Menteri Persekutuan (Bundesminister), yang kini dipegang oleh Peter Altmaier.

Canseleri Jerman
Bundeskanzleramt
Intisari agensi
Dibentuk1867, 1878, 1949
Bidang kuasa
Kerajaan Jerman
Ibu pejabatBerlin (pertama)
Bonn (kedua)
Belanjawan tahunan71.344 juta (2017)[1]
Eksekutif Agensi
Laman sesawang
bundesregierung.de

Bundeskanzleramt juga adalah nama bangunan di Berlin yang menempatkan pejabat-pejabat peribadi Canselor dan kakitangan Canseleri. Palais Schaumburg di Bonn adalah pejabat rasmi kedua Canseleri Persekutuan Jerman. Dibuka pada tahun 2001, Canseleri Berlin merupakan salah satu bangunan ibupejabat kerajaan terbesar di dunia. Sebagai perbandingan, bangunan baru Canseleri adalah sepuluh kali ganda lebih besar dari Rumah Putih.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Budget 2017".
  2. ^ Lisa Erdmann (September 22, 2013). "Kanzlerin-Insignien: Alles meins". SPIEGEL ONLINE.

Pautan luar sunting

Koordinat: 52°31′13″N 13°22′09″E / 52.520207°N 13.369052°E / 52.520207; 13.369052