Carian Google atau nama bahasa Inggerisnya Google Search merupakan laman sesawang enjin gelintar dimiliki syarikat Google, ia merupakan laman carian paling kerap digunakan di Web. Google Search menerima berjuta-juta pertanyaan oleh para pengguna setiap hari melalui pebagai perkhidmatan yang disediakan. T. Enjin carian asalnya dibangunkan oleh Sergey Brin dan Larry Page pada tahun 1997 berdasarkan reka bentuk enjin carian yang lebih awal dengan tujuan utama mencari maklumat melalui laman web.

Google Search
Carian Google
Laman utama Carian Google
Jenis laman web
Enjin carian
Terdapat dalam bahasa124 buah bahasa bahasa
PemilikGoogle
Diciptakan olehSergey Brin dan Larry Page
HasilDaripada AdWords
Sokongan IPv6Yes, by arrangement[1] or ipv6.google.com
KomersialYa
PendaftaranPilihan
Rencana ini tentang enjin carian. Bagi syarikat, lihat Google.

Laman ini menyediakan sekurang-kurangnya 22 ciri-ciri istimewa yang melebihi kemampuan carian perkataan asal. Ini termasuk sinonim, ramalan kajicuaca, zon waktu, maklumat harga saham, peta, data gempa bumi, masa tayangan filem, lapangan terbang, penyenaraian rumah dan markah dalm acara sukan. Terdapat juga ciri-ciri khas bagi nombor seperti julat, harga, suhu, penukar unit/matawang, pengiraan, pakej menjejak, paten, kod kawasan dan terjemahan bahasa dipaparkan pada halaman.

Lihat juga Sunting

  • Google Images - suatu bentuk enjin carian dari syarikat sama berasaskan imej digital
  • Google Books - khusus untuk mencari petikan dan halaman buku yang dibenarkan ihsan penerbit
  • Google Patents - khusus untuk mencari butiran, rajah dan rujukan terkandung dalam paten
  • Google Scholar - khusus untuk makalah ilmiah pelbagai format

Rujukan Sunting

  1. ^ "Google over IPv6". Dicapai pada 2010-12-08.
  2. ^ "WHOIS - google.com". Dicapai pada 2009-01-27.
  3. ^ "Google.com – Traffic Details from Alexa". Alexa Internet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-26. Dicapai pada May 15, 2011.