Buka menu utama

Carole Lombard (lahir Jane Alice Peters, 6 Oktober 1908 – 16 Januari 1942) merupakan pelakon filem Amerika Syarikat. Beliau merupakan bintang Hollywood dengan bayaran tertinggi pada penghujung 1930-an. Beliau juga merupakan isteri ketiga kepada pelakon Clark Gable.

Carole Lombard
Carole Lombard 1940.jpg
Lombard, 1940
KelahiranJane Alice Peters
(1908-10-06)6 Oktober 1908
Fort Wayne, Indiana, A.S.
Meninggal dunia16 Januari 1942(1942-01-16) (umur 33)
Mount Potosi, Nevada, A.S.
Sebab kematianPlane crash
DikebumikanForest Lawn Memorial Park, Glendale, California, A.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1921–1942
PasanganWilliam Powell
(k. 1931; c. 1933)

Clark Gable
(k. 1939)

Dilahirkan dalam keluarga kaya di Fort Wayne, Indiana, Lombard dibesarkan oleh ibunya sendirian di Los Angeles. Ketika berusia 12 tahun, beliau telah dipilih oleh pengarah Allan Dwan untuk membintangi filem A Perfect Crime (1921) ang turut menjadi filem pertama lakonan beliau. Keinginan untuk menjadi pelakon telah membuatna menandatangani kontak bersama Fox Film Corporation ketika berusia 16 tahun namun hanya muncul dalam beberapa filem dengan babak yang sedikit. Beliau akhirnya digugurkan oleh Fox selepas terlibat dengan kemalangan kereta yang menyebabkan parut di mukanya. Lombard muncul dalam 15 buah filem pendek Mack Sennett dari tahun 1927 sehingga 1929, sebelum berlakon beberapa filem cereka seperti High Voltage dan The Racketeer. Selepas berjaya dengan The Arizona Kid (1930), beliau menandatangani kontrak bersama Paramount Pictures.

Paramount mula memberi watak utama dalam filem drama kepada Lombard. Profil Lombard meningkat apabila beliau mengahwini William Powell pada tahun 1931 dan pasangan ini bercerai dua tahun kemudian. Lombard mula terkenal apabila membintangi filem komedi Twentieth Century (1934) dan terus membintangi filem-filem bergenre komedi selepas itu seperti Hands Across the Table (1935); My Man Godfrey (1936), ang mana beliau tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Akademi; dan Nothing Sacred (1937). Lombard kemudiannya mengahwini "Raja Hollywood", Clark Gable dan pasangan ini menerima perhatian yang besar dari media. Berkeinginankan Oscar, Lombard mula mencari watak-watak yang lebih serius, namun tidak berjaya. Beliau kembali melakonkan watak komedi menerusi filem arahan Alfred Hitchcock, Mr. & Mrs. Smith (1941) dan filem arahan Ernst Lubitsch, To Be or Not to Be (1942) yang turut menjadi filem terakhir lakonan beliau.

Kerjaya Lombard berakhir di usia 33 tahun apabila beliau terlibat dalam sebuah kemalangan kapal terbang di Gunung Potosi, Nevada. Pada tahun 1999, Institut Filem Amerika Syarikat meletakkan beliau sebagai salah seorang legenda wanita perfileman klasik Hollywood.

RujukanSunting

BibliografiSunting

Pautan luarSunting