AFI's 100 Years... 100 Stars

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan dari AFI's 100 Years...100 Stars)

Sebahagian daripada siri AFI 100 Years..., AFI's 100 Years...100 Stars merupakan satu senarai 50 bintang legenda skrin dalam sejarah perfileman Amerika Syarikat yang terdiri daripada 25 orang pelakon lelaki dan 25 orang pelakon wanita. Senarai ini dikeluarkan oleh Institut Filem Amerika (AFI) pada 25 Jun 1999 menerusi CBS. AFI memilih Humphrey Bogart dan Katharine Hepburn mengungguli senarai mengikut kategori masing-masing. Bogarf dan Hepburn pernah berganding menerusi filem The African Queen (1951) yang turut menyaksikan Bogard memenangi satu-satunya Oscar.

Daripada 50 orang yang tersenarai, sembilan daripadanya masih wujud pada ketika senarai ini dikeluarkan iaitu: Shirley Temple, Katharine Hepburn, Marlon Brando, Elizabeth Taylor, Gregory Peck, Kirk Douglas, Lauren Bacall, Sophia Loren, dan Sidney Poitier.[1] Sehingga tahun 2018, hanya Douglas, Poitier dan Loren masih hidup.

Senarai 50 legenda skrin terhebat; 25 legenda lelaki dan 25 legenda wanita sunting

No Legenda lelaki Legenda wanita
1 Humphrey Bogart
(1899–1957)
  Katharine Hepburn
(1907–2003)
 
2 Cary Grant
(1904–1986)
  Bette Davis
(1908–1989)
 
3 James Stewart
(1908–1997)
  Audrey Hepburn
(1929–1993)
 
4 Marlon Brando
(1924–2004)
  Ingrid Bergman
(1915–1982)
5 Fred Astaire
(1899–1987)
  Greta Garbo
(1905–1990)
 
6 Henry Fonda
(1905–1982)
  Marilyn Monroe
(1926–1962)
 
7 Clark Gable
(1901–1960)
  Elizabeth Taylor
(1932–2011)
 
8 James Cagney
(1899–1986)
  Judy Garland
(1922–1969)
 
9 Spencer Tracy
(1900–1967)
  Marlene Dietrich
(1901–1992)
 
10 Charlie Chaplin
(1889–1977)
  Joan Crawford
(1905–1977)
 
11 Gary Cooper
(1901–1961)
  Barbara Stanwyck
(1907–1990)
 
12 Gregory Peck
(1916–2003)
  Claudette Colbert
(1903–1996)
 
13 John Wayne
(1907–1979)
  Grace Kelly
(1929–1982)
 
14 Laurence Olivier
(1907–1989)
  Ginger Rogers
(1911–1995)
 
15 Gene Kelly
(1912–1996)
  Mae West
(1893–1980)
 
16 Orson Welles
(1915–1985)
  Vivien Leigh
(1913–1967)
17 Kirk Douglas
(born 1916)
  Lillian Gish
(1893–1993)
 
18 James Dean
(1931–1955)
  Shirley Temple
(1928–2014)
 
19 Burt Lancaster
(1913–1994)
  Rita Hayworth
(1918–1987)
 
20 Marx Brothers
Chico (1887–1961)
Harpo (1888–1964)
Groucho (1890–1977)
  Lauren Bacall
(1924–2014)
 
21 Buster Keaton
(1895–1966)
  Sophia Loren
(born 1934)
 
22 Sidney Poitier
(born 1927)
  Jean Harlow
(1911–1937)
 
23 Robert Mitchum
(1917–1997)
  Carole Lombard
(1908–1942)
 
24 Edward G. Robinson
(1893–1973)
  Mary Pickford
(1892–1979)
 
25 William Holden
(1918–1981)
  Ava Gardner
(1922–1990)
 

Rujukan sunting

  1. ^ AFI's 100 Years... 100 Stars: America's Greatest Screen Legends (1999), dicapai pada 2017-08-16

Pautan luar sunting