Cetakan mono ialah sejenis seni cetak yang bertujuan untuk membuat cetakan unik, yang mungkin menerokai imej secara bersiri. Kaedah cetakan lain mencipta gandaan beredisi, tetapi cetakan mono diedisi sebagai 1 daripada 1. Terdapat banyak teknik percetakan mono, khususnya monotaip. Teknik cetakan yang boleh dipakai untuk menghasilkan cetakan mono termasuk litografi, potongan kayu dan punaran.

Jenis sunting

Cetakan mono ialah perspektif tunggal imej yang dibuat daripada blok boleh cetak semula. Bahan seperti plat logam, batu litografi atau kayu digunakan dalam punaran. Daripada mencetak berbilang salinan imej tunggal, hanya satu teraan boleh dihasilkan, sama ada dengan melukis atau membuat kolaj pada blok. Plat punaran juga boleh didakwat dengan cara ekspresif dan unik dalam erti kasar, kerana imej tidak boleh dihasilkan semula dengan tepat.[1] Cetakan mono mungkin melibatkan unsur-unsur berubah, di mana artis mengolah semula imej di antara teraan atau selepas cetakan supaya tiada pasangan cetakan yang benar-benar serupa.[2] Cetakan mono mungkin termasuk kolaj, penambahan yang dilukis dengan tangan, dan satu bentuk pengesanan yang mana dakwat tebal diletakkan di atas meja, kertas diletakkan di atas dan kemudian dilukis lalu memindahkan dakwat ke atas kertas. Cetakan mono juga boleh dibuat dengan mengubah jenis, warna dan tekanan dakwat yang digunakan untuk mencipta cetakan berbeza. Apabila cetakan mono dihasilkan, karya dapart disalin daripada kepingan karya seni berasingan ke satu cetakan tunggal.[3]

Cetakan ini dikenali sebagai seni cetak yang paling banyak melibatkan perbuatan melukis antara teknik-teknik cetakan; ia pada asasnya adalah lukisan bercetak.[4] Ciri utama kaedah ini ialah tiada dua cetakan yang serupa. Keindahan medium ini juga adalah pada kespontanannya dan ia merupakan gabungan media seni cetak dan lukisan.

Teknik sunting

Cetakan mono dan monotaip adalah serupa tetapi tidak sama. Kedua-duanya melibatkan pemindahan dakwat dari plat ke kertas, kanvas, atau permukaan lain yang akhirnya akan memegang karya seni. Dalam cetakan mono, seorang artis mencipta templat yang boleh digunakan semula bagi imej yang dimaksudkan. Templat mungkin termasuk stensil, plat logam dan batu rata. Bentuk percetakan ini menghasilkan berbilang cetakan daripada templat yang sama. Monotaip, sebaliknya, melibatkan penggunaan imej tak kekal yang merosot selepas hanya satu cetakan.[5] Contohnya, satu bentuk monotaip memindahkan imej dicat daripada plat gelatin ke sehelai kertas. Setelah selesai, imej tidak lagi kekal pada plat gelatin.

Cetakan mono boleh dianggap sebagai variasi pada tema, dengan tema terhasil daripada beberapa ciri kekal ditemui pada templat - garisan atau tekstur - yang berterusan dari cetakan ke cetakan. Variasi tidak berkesudahan, tetapi ciri tetap templat akan kekal dari satu cetakan ke cetakan seterusnya.

Cetakan mono telah dibudayakan oleh ramai artis, antaranya Georg Baselitz. Beberapa cetakan pelukis agung, seperti goresan Rembrandt dengan manipulasi individu dakwat sebagai "nada permukaan", atau goresan luksian tangan oleh Degas (biasanya dipanggil monotaip) mungkin boleh diklasifikasikan sebagai cetakan mono, tetapi ia jarang diterangkan sebagai sedemikian.

Rujukan sunting

  1. ^ Definition of monoprinting Tate Museum online. Dicapai 25 Mac 2011
  2. ^ Photo of monoprinting Diarkibkan 2010-12-28 di Wayback Machine Washington Printmakers' Gallery Dicapai 25 Mac 2011
  3. ^ "Monoprint ink technique".
  4. ^ "What are monoprints and monotypes?" Monoprints.com Retrieved March 25, 2011
  5. ^ "Apakah Monotaip? Apakah Monoprint?". The Monotype Guild of New England. Dicapai pada 28 Disember 2018.