Rembrandt Harmenszoon van Rijn (15 Julai 1606–4 Oktober 1669) adalah pelukis Belanda yang merupakan salah satu pelukis ternama dalam sejarah seni Eropah. Rembrandt dikenali atas kebolehannya mengolah dedahan cahaya terhadap objek sehingga memberikan kesan tertentu di dalam lukisan.

Rembrandt van Rijn
Potret lukisan diri - Zelfportret met twee cirkels (sekitar 1665-1669), kini di Kenwood House, London
Kelahiran
Rembrant Harmenszoon van Rijn

15 Julai 1606[1]
Meninggal dunia4 Oktober 1669 (usia 63 tahun)
Amsterdam, Republik Belanda
WarganegaraBelanda
PendidikanJacob van Swanenburg, Pieter Lastman
Terkenal keranaLukisan catan, cetakan
Karya terkenal
Self-portraits
The Anatomy Lesson of Dr. Nicolaes Tulp (1632)
Belshazzar's Feast (1635)
The Night Watch (1642)
Bathsheba at Her Bath (1654)
Syndics of the Drapers' Guild (1662)
The Hundred Guilder Print (etching, c. 1647–1649)
Gerakan politikDutch Golden Age
Baroque

Beliau sering juga membuat karya-karya grafik dan gambar. Sumbangannya yang besar terhadap seni reka terjadi pada era keemasan Belanda (sekitar abad ke-17).

Riwayat hidup

sunting

Awal hidup

sunting

Rembrandt lahir pada 15 Julai 1606 di Leiden, Republik Belanda. Keluarganya hidup cukup sejahtera, ayahnya bekerja di kilang mengisar bijian sementara ibunya pula seorang anak tukang roti. Masa kecilnya dihabiskan di sekolah Latin dan beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Universiti Leiden, meskipun tercatat dalam sejarah bahawa beliau jauh lebih tertarik kepada dunia lukisan. Ayahnya kemudian menyerah dan mengirimkannya untuk magang kepada pelukis sejarah terkenal Leiden, Jacob van Swanenburgh. Setelah lepas dari kewajiban magang bersama Pieter Lastman di Amsterdam, Rembrandt membuka studio di Leiden yang didirikan dan digunakannya bersama Jan Lievens. Pada tahun 1627, Rembrandt mulai menerima murid, salah satunya Gerrit Dou.[2]

Kemasyhuran

sunting

Semenjak 1631, Rembrandt telah mendapat reputasi yang baik daripada kerjayanya sebagai pelukis potret tokoh-tokoh di Amsterdam. Beliau kemudiannya berpindah ke sana dan tinggal di rumah pelukis sejarah bernama Hendrick van Uylenburgh.

Hidup berkeluarga

sunting

Beliau berkahwin dengan cucu jauh Hendrik, Saskia van Uylenburg pada 1634. Meskipun ayah Saskia dulunya adalah burgemeester (gabenor) Leeuwarden, Saskia pada masa itu telah menjadi yatim piatu dan tidak ditinggalkan harta warisan. Saskia tinggal bersama kakaknya di Frisia dan tidak memiliki banyak hubungan di Amsterdam untuk menyokong kerjaya Rembrandt.

Pada 1639, Rembrandt and Saskia berpindah ke sebuah rumah kecil di Jodenbreestraat di sebuah perkampungan Yahudi (kini Muzium Rumah Rembrandt). Meskipun hidup sejahtera, keluarganya menghadapi pelbagai cubaan. Tiga anaknya meninggal saat dilahirkan anya anak keempat, Titus yang lahir 1641, yang boleh hidup hingga dewasa. Saskia meninggal 1642 setelah melahirkan Titus barangkali disebabkan tuberkulosis.

Pada akhir 1640an, Rembrandt menjalinkan hubungan dengan Hendrickje Stoffels yang sebelum ini merupakan pembantu rumah pelayan tumah tangga Rembrandt. Pada 1654 mereka mendapat seorang anak perempuan bernama Cornelia, dan masyarakat Gereja Protestan Belanda menyelar hasil hubungan tersebut disebabkan status mereka yang berkahwin mengikut undang-undang Republik Belanda tetapi tidak mengikut upacara gereja tersebut. Hendrickje dihalang dari menghadiri upacara-upacara keagamaan gereja tersebut atas hal ini, manakala Rembrandt tidak hadir menghadap para paderi atas perbicaraan kes ini kerana beliau bukan anggota jemaah gereja tersebut.[3] Beliau tidak berkahwin semula mengikut undang-undang gereja dengan Hendrickje atas kekhuatiran beliau kehilangan duit sumbangan yang diberikan atas nama mendiang isteri sebelumnya untuk Titus.[4]

Senja hidup

sunting

Rembrandt hidup dengan begitu boros, termasuk dengan membeli banyak karya seni khususnya cetakan (kebanyakannya digunakan sebagai rujukan untuk lukisannya) dan barang-barang antik, yang kemungkinan besar menjadi alasan kemuflisannya pada 1656. Beliau terpaksa menjual rumahnya dan berpindah ke kediaman yang lebih sederhana di Rozengracht. Di sini, Hendrickje dan Titus memulai usaha menjual barang seni hingga akhir riwayatnya. Bagaimanapun, reputasi Rembrandt tidak tenggelam pada masa ini kerana beliau masih diupah untik melukis lukisan-lukisan sejarah yang besar untuk balai kota yang baru.

Rembrandt hidup terpisah dengan Hendrickje dan Titus. Pada akhir riwayatnya, hanya Cornelia yang ada di sampingnya. Keadaan hidup senjanya yang begitu terpisah dengan anak lelakinya membuatnya patah hati dan beliau akhirnya meninggal pada 4 Oktober 1669 di Amsterdam dan dikuburkan tanpa sebarang batu nisan atau upacara di Westerkerk.[5]

Gaya seni

sunting
 
Officieren en andere schutters van wijk II in Amsterdam onder leiding van kapitein Frans Banninck Cocq (Cock) en luitenant Willem van Ruytenburgh, bekend als de ‘Nachtwacht’ (1642)

Salah satu kutipannya yang masih tercatat hingga kini mengenai pencapaiannya dalam seni rupa adalah "pergerakan yang terhebat dan paling semulajadi", (diterjemahkan dari frase Belanda die meeste ende di naetuereelste beweechgelickheijt), dalam sebuah surat yang ditulis untuk rakan sekerjanya. Tidak begitu diketahui dengan jelas maksud pergerakan di sini tidak diketahui dengan begitu jelasnya, sama ada ia merukuk kepada objek yang dilukisnya atau emosi penerhati yang mengamati lukisannya.

Secara keseluruhannya, Rembrandt telah menghasilkan 600 lukisan, 300 ukiran dan 2000 gambar. Kebanyakan daripada karya-karya ini merupakan potret diri yang memberikan gambaran sangat jelas mengenai Rembrandt yang sebenarnya, baik dari segi emosi mahupun penampilan.

Teknik yang dipakai kebanyakan adalah chiaroscuro, yang memberikan kontras yang cukup jelas antara bayangan dan pantulan cahaya dengan gradasi yang halus, sekaligus memberikan kesan dramatik kepada pemerhati. Meskipun tetap saja kebanyakan tampil dengan tema-tema yang formal, karyanya mendalami aspek-aspek kemanusiaan tanpa membezakan usia mahupun kekayaan.

Beberapa anggota keluarganya, seperti isterinya Saskia, anaknya Titus, dan isteri mudanya Hendrickje juga sering muncul dalam beberapa lukisannya yang kebanyakannya bertemakqn mitologi, berdasarkan kisah-kisah dalam kitab Bible, atau catan sejarah.

Perjalanan kesenian

sunting
  • Pada zaman Leiden (1625-1631) terlihat jelas bahwa pengaruh Lastman sangat besar. Kebanyakan karyanya berukuran kecil, tetapi begitu terperinci dengan tema karya-karya ini diambil daripada agama dan alegori.
  • Sewaktu di Amsterdam (1632-1636), Rembrandt mula menggunakan kanvas yang besar, warna-warna kuat, dan menciptakan suasana dramatik. Rembrandt juga banyak menghasilkan lukisan potret. Lukisan-lukisan lain memakai tema biblikal and mitologi.
  • Pada akhir 1630, Rembrandt banyak menciptakan lukisan pemandangan dan beberapa ukiran bertemakan alam. Pada tempoh ini, pemandangan yang diperlihatkan banyak dipengaruhi fenomena alam, seperti pohon yang disambar petir atau langit biru ditutupi awan kelam.
  • Sejak 1640, karya-karyanya mula cenderung ke arah nada lebih tragis, memperlihatkan kejadian-kejadian yang menimpa keluarganya. Aspek teknik yang biasanya kuat tertutupi oleh gambaran yang dalam. Tema biblikal lebih sering muncul daripada kitab Bible Ukurannya kembali mengecil. Sebagai pengecualian The Night Watch (Jaga Malam), karyanya yang paling besar dalam ukuran, pemandangan lebih sering muncul dalam karya ukirannya daripada lukisan.
  • Pada 1650an, gaya Rembrandt kembali berubah. Karya lukisan menjadi lebih banyak. Warnanya lebih kaya dan goresan kuatnya lebih kuat. Dari gejala ini terlihat bahawa Rembrandt berusaha menjauh dari karya-karya sebelumnya dan tema popular pada masa itu. Tema biblikal masih sering terlihat, tetapi penekanannya tidak lagi dalam suasana ramai, tetapi lebih mengarah kepada pengamatan seperti di dalam objek-objek lukisan potretnya.
  • Pada tahun terakhirnya, Rembrandt membuat banyak lukisan dirinya yang terkenal, yang memperlihatkan banyak rasa kesedihan dan kelelahan.

Karya-karyanya yang terkenal

sunting
 
The anatomy lesson of Dr. Nicolaes Tulp.
 
Kembalinya sang anak yang hilang, 1662


Galeri

sunting

Potret diri

sunting

Karya lain

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Or possibly 1607 as on 10 June 1634 he himself claimed to be 26 years old. See Is the Rembrandt Year being celebrated one year too soon? One year too late? and (Belanda) J. de Jong, Rembrandts geboortejaar een jaar te vroeg gevierd for sources concerning Rembrandts birth year, especially supporting 1607. However, most sources continue to use 1606.
  2. ^ Slive mempunyai biografi menyeluruh pelajar-pelajar ini, lihat m.s 55.
  3. ^ Slive, m.s 82
  4. ^ Slive, m.s 71
  5. ^ Slive, p. 83
  6. ^ E. van de Wetering, 'Rembrandt laughing, c. 1628 – a painting resurfaces' in Kroniek van het Rembrandthuis, June 2008
  7. ^ White, 200
Sumber utama
  • Slive, Seymour, Dutch Painting, 1600–1800, Yale UP, 1995, ISBN 0-300-07451-4
  • White, Christopher, The Late Etchings of Rembrandt, 1999, British Museum/Lund Humphries, London ISBN 978-90-400-9315-9

Daftar pustaka

sunting
  • Catalogue raisonné: Stichting Foundation Rembrandt Research Project:
    • A Corpus of Rembrandt Paintings - Volume I, which deals with works from Rembrandt’s early years in Leiden (1629-1631), 1982
    • A Corpus of Rembrandt Paintings - Volume II: 1631-1634. Bruyn, J., Haak, B. (et al.), Band 2, 1986, ISBN 978-90-247-3339-2
    • A Corpus of Rembrandt Paintings - Volume III, 1635-1642. Bruyn, J., Haak, B., Levie, S.H., van Thiel, P.J.J., van de Wetering, E. (Ed. Hrsg.), Band 3, 1990, ISBN 978-90-247-3781-9
    • A Corpus of Rembrandt Paintings - Volume IV. Ernst van de Wetering, Karin Groen et al. Springer, Dordrecht, the Netherlands (NL). ISBN 1-4020-3280-3. p. 692. (Self-Portraits)
  • Rembrandt. Images and metaphors, Christian Tumpel (editor), Haus Books London 2006 ISBN 13: 978-1-904950-92-9
  • Graaff, Arthur E.A.J. and Michiel V. Roscam Abbing (2006). Rembrandt for Dummies. Addison Wesley. ISBN 90-430-1280 Check |isbn= value: length (bantuan).
  • Van De Wetering, Ernst (2004) (2nd paperback printing). The Painter At Work. University of California Press,Berkley and Los Angeles. University of California Press, London, England. By arrangement with Amsterdam University Press. ISBN O-520-22668-2.

Lihat pula

sunting

Pautan luar

sunting