Changkat Tin berubah dari sebuah kampung kepada sebuah pekan, yang terletak di Perak. Changkat Tin berdekatan dengan Sungai Galah, Kampung Gajah, Tanjung Tualang, Chenderong , Air Kuning, Mambang Di Awan dan lain-lain di Perak Tengah. Namanya sempena banyaknya aktiviti perlombongan bijih timah menggunakan cara kapal korek. Kini aktiviti perlombongan bijih timah tidak lagi dijalankan di kawasan ini dan tidak sesibuk dahulu.