Ciri personaliti Lima Utama

Dalam psikologi, Lima Utama merupakan lima faktor umum atau dimensi ciri personaliti yang dijumpai melalui kajian empirik. Ia lebih merupakan model deskriptif personaliti, bukan teori, walaupun ahli psikologi telah melahirkan teori-teori untuk menerangkan Lima Utama.

Menurut Dr. John A. Jhonson, secara umumnya ciri-ciri personaliti seseorang individu di bahagikan kepada 5 sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang dikenali sebagai OCEAN.

5 sifat yang disebutkan tadi adalah seperti berikut:

  • (O) OPENESS TO EXPERIENCE - Mempunyai sikap terbuka
  • (C) CONSCIENTIOUSNESS - Mempunyai kesedaran
  • (E) EXTRAVERSION - Bersifat sosial (suka bergaul)
  • (A) AGREEABLE - Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)
  • (N) NEUROTICISM - Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)

Lima Ciri Utama

sunting

Keterbukaan Kepada Pengalaman Baharu

sunting

Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu, mereka ingin sangat terdedah kepada sesutu pengalaman yang baru. Bagi golongan ini dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran” mereka, dan bagi golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima atau datang pada mereka akan digunakan dengan sepenuhnya.

Mereka mempunyai sifat ingin tahu yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Golongan ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi.

Orang yang kurang mempunyi sifat dominan dalam ciri ini mempunyai daya presepsi dan pemikiran yang cetek dalam sesuatu hal. Mereka lebih suka pada sesuatu yang terus terang dan kurang rumit. Mereka mempunyai tanggapan (prasangka) atau kekhuatiran (wasangka) yang salah tentang perkara yang berkaitan dengan seni dan sains. Golongan ini lebih bersifat konservatif dan tidak suka pada perubahan khususnya yang drastik.

Sikap terbuka ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka. Walau bagaimanapun pemikiran terbuka dan tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza.

Kajian juga menunjukkan bahawa golongan yang berfikiran tertutup ini lebih cenderung untuk memasuki bidang pekerjaan seperti pegawai polis, bahagian pemasaran dan jualan dan amat bagus dalam bidang-bidang ini.

Sifat Berhati-hati

sunting

Nilai mempunyai kesedaran yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana seorang individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan, atau satu kualiti yang wujud dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya.

Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita wujud melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawalnya, mengurusnya dan cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima.

Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk sesuatu, menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin, bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur.

Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan selalu berkerja keras atau gila kerja dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut sebagai Peri laku Kesempurnaan Kompulsif Keterlaluan. Tambahan pula, individu yang tinggi dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran.

Golongan yang kurang mempunyai kesedaran atau tidak sifat berhati-hati, lazimnya akan dikritik kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang dipercayai, dan tidak beramanah. Tetapi, golongan ini tidak akan dilabelkan sebagai orang yang membosankan.

Menurut satu kajian yang dilakukan, dikatakan bahawa kesedaran kita terletak pada bahagian sisi belakang otak kita dan di katakan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah, manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan bujur.

Ekstroversi

sunting

Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap mesra, penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif. Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka berbanding dirinya sendiri.

Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif. Bagi golongan ini, dunia ini merupakan gelanggang mereka. Semasa berada di dalam kumpulan, mereka suka sangat bercakap, menilai diri mereka dan mendapat perhatian.

Berbanding dengan kumpulan ini terdapat satu kumpulan lagi yang betul-betul berbeza dari kumpulan peramah atau extrovert iaitu kumpulan yang dikenali sebagai golongan pendiam. Golongan pendiam atau introvert ini kurang dari segala aspek yang dimiliki oleh kumpulan golongan peramah. Antara ciri personaliti yang di miliki oleh golongan ini adalah seperti kurang bertenaga, suka persendirian, dan biasanya kurang berhubung dengan masyarakat sekeliling.

Kurang penglibatan mereka dalam masyarakat bukan bermakna mereka ini anti-sosial, sedih atau berasa malu, tetapi mereka ini tidak perlu banyak stimulasi dari persekitaran mereka berbanding dengan yang berada dalam golongan extrovert dan lebih memilih untuk bersendirian.

Menyenangkan

sunting

Seseorang individu mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya.

Individu yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini menghargai perhubungan diantara orang ramai. Lazimnya orang yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini bersifat perikemanusian, peramah, suka menolong, dermawan dan sanggup berkompromi dengan orang lain walaupun kepentingan mereka yang mungkin tergugat.

Individu yang senang berkompromi ini mempunyai pandangan yang optimistik terhadap manusia, mereka senang melihat pada kebaikan yang ada pada orang. Mereka juga senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan orang lain. Mereka dapat mengekalkan status populariti mereka dengan baik.

Individu yang kurang mempunyai sifat ini meletakkan kepentingan diri sendiri daripada bergaul dengan orang ramai. Mereka tidak mengambil peduli tentang masalah orang lain dan tidak kisah akan pandangan orang ramai tentang diri mereka. Kadang kala mereka berprasangka terhadap motif orang lain dan ini membuatkan mereka bersifat wasangka, tidak berkerjasama dan kurang peramah.

Tetapi keburukan memiliki sifat ini ialah antaranya orang ini kurang sesuai untuk membuat kerja-kerja yang lasak atau yang memerlukannya membuat keputusan yang berpendirian yang kukuh contoh dalam bidang koprat. Individu yang sebaliknya pula boleh menjadi seorang saintis, pegawai tentera,ahli korporat, pengkritik, ahli perniaga atau tentera.

Neurotisisme

sunting

Sifat ini merujuk kepada mereka yang kebiasaannya berpandangan negatif. Mereka yang bertahap tinggi dalam sifat ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang khusus seperti kemarahan, kemuraman, ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu, tapi kemungkinan orang ini akan merasakan lebih daripada salah satu emosi-emosi negatif ini pada satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang sama juga.

Mereka dalam golongan ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan demikian kerana mereka bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang pada pandangan atau tindak balas orang lain adalah biasa. Reaksi mereka terhadap perkara-perkara ini adalah lebih tertekan.

Mereka lebih tercenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal sebagai mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka sebagai sesuatu yang sangat susah. Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini berpanjangan, pada kebiasaannya golongan ini tertekan sepanjang masa. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, golongan ini tidak dapat berfikir secara logik.

Pautan luar

sunting