Keluarga serangga Coenagrionidae diletakkan dalam order Odonata dan suborder Zygoptera.[2] Zygoptera adalah dari jenis pepatung jarum (bahasa inggeris: damselfly). Walaupun jenis pepatung ini kurang dikenali berbanding pepatung, pepatung jarum adalah senang ditemui sama seperti pepatung. Terdapat lebih dari 1,300 spesies dalam keluarga, menjadikan keluarga pepatung jarum yang paling besar. Keluarga Coenagrionidae mempunyai enam subkeluarga: Agriocnemidinae, Argiinae, Coenagrioninae, Ischnurinae, Leptobasinae, and Pseudagrioninae.[3]

Coenagrionidae
Ceriagrion glabrum jantan
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Odonata
Suborder: Zygoptera
Superkeluarga: Coenagrionoidea
Keluarga: Coenagrionidae
Kirby, 1890[1]
Diversiti
lebih daripada 110 genus

Keluarga ini juga dipanggil sebagai pepatung sayap halus atau pepatung kolam.[4] Coenagrionidae mempunyai taburan di seluruh dunia, dan antara keluarga pepatung jarum yang senang ditemui. Keluarga ini mempunyai bilangan spesies paling kecil dalam keluarga pepatung jarum. Terdapat lebih 110 genus dalam keluarga Coenagrionidae kini diterima pakai.[5][3]

Etimologi sunting

Namanya mungkin diambil dari perkataan Yunani coen bermaksud berkongsi atau biasa ditemui dan agrio bermaksud padang atau liar.

Ciri-ciri sunting

 
sayap hadapan pepatung jarum berubah (Coenagrion pulchellum)
  • Kebiasaannya mempunyai corak warna hitam
  • Warna asas mungkin hijau, biru, kuning, oren, atau ungu
  • Sayap halus, berbahagi, biasanya tidak berwarna dan lutsinar
  • Dua salur darah bercabang antenodal
  • Salur darah M3 menaik dekat dengan nodus berbanding arculus

Pepatung jarum dewasa sering kali kelihatan di pelbagai habitat termasuk kolam dan kawasan berair. Pepatung jarum betina akan bertelur di antara pokok-pokok hidup atau mati, dan dalam spesies tertentu, akan merangkak di dalam air untuk bertelur. Nimfa-nimfanya selalunya dijumpai di cebisan pokok atau antara bahagian pokok hidup atau mati yang terendam dalam air.[6]

Genus-genus sunting

 
Pepatung billabong timur (Austroagrion watsoni, betina)
 
Coromandel marsh dart Ceriagrion coromandelianum
 
Pepatung jarum Azure, Coenagrion puella
 
Pepatung jarum ekor biru, Ischnura elegans
 
Saffron-faced blue dart Pseudagrion rubriceps

Genus-genus ini termasuk dalam keluarga Coenagrionidae:[7][8][3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kirby, W.F. (1890). A Synonymic Catalogue of Neuroptera Odonata, or Dragonflies. With an Appendix of fossil species (dalam bahasa Inggeris). London: Gurney & Jackson. m/s. 202 [148]. doi:10.5962/bhl.title.5534. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  2. ^ Dijkstra, K.D.B.; Bechly, Günter (2013). "The classification and diversity of dragonflies and damselflies (Odonata). In: Zhang, Z.-Q. (Ed.) Animal Biodiversity: An Outline of Higher-level Classification and Survey of Taxonomic Richness (Addenda 2013)". Zootaxa (dalam bahasa Inggeris). 3703 (1): 36–45. doi:10.11646/zootaxa.3703.1.9. hdl:10072/61365. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 22 Julai 2020. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c "World Odonata List" (dalam bahasa Inggeris). Slater Museum of Natural History, University of Puget Sound. 2018. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  4. ^ Borror, D.J.; White, R.E. (1970). A Field Guide to Insects (dalam bahasa Inggeris). Boston: Houghton Mifflin Company. ISBN 0-395-91171-0. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  5. ^ Integrated Taxonomic Information System (2007). "Coenagrionidae" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Julai 2020.
  6. ^ John L. Capinera (2008). Encyclopedia of Entomology (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 1244–1245. ISBN 978-1-4020-6242-1. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  7. ^ Dijkstra, Klaas‐Douwe B.; Kalkman, Vincent J.; Dow, Rory A.; Stokvis, Frank R.; dll. (26 Ogos 2013). "Redefining the damselfly families: a comprehensive molecular phylogeny of Zygoptera (Odonata)". Systematic Entomology (dalam bahasa Inggeris). 39: 68–96. doi:10.1111/syen.12035. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  8. ^ "Odonata Central" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Julai 2020.

Pautan luar sunting


Templat:Odonata