Kumbang
Kumbang ialah serangga yang membentuk order Coleoptera, dalam superorder Holometabola. Ia mengandungi lebih banyak spesies daripada order lain dalam alam haiwan, mengandungi hampir 25% daripada semua benda hidup yang dikenalpasti.[2] Kira-kira 40% daripada spesies serangga yang dikenal pasti ialah kumbang (kira-kira 400,000 spesies[3]), dan spesies baru sentiasa dijumpai. Beberapa anggaran meletakkan jumlah bilangan, yang telah dan belum dikenal pasti, sehingga setinggi 100 juta, tapi 1 juta mungkin lebih tepat.[4] Keluarga taksonomi terbesar, Curculionidae (kekabuh atau kumbang belalai), juga tergolong dalam order ini.
Kumbang | |
---|---|
Arah jam dari kiri: kumbang rusa keemasan betina (Lamprima aurata), kumbang badak (Megasoma sp.), kekabuh hidung panjang (Rhinotia hemistictus), kumbang koboi (Chondropyga dorsalis), dan spesies Amblytelus | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Insecta |
(tanpa pangkat): | Endopterygota |
Order: | Coleoptera Linnaeus, 1758 |
Suborder[1] | |
Kumbang dapat dikenali daripada ciri sayap hadapan yang tebal dan keras, berfungsi melindungi sayap belakang yang nipis apabila tidak melakukan penerbangan. Sewaktu terbang, sayap belakang yang digunakan, manakala sayap hadapan terbuka dan terentang, tidak digunakan. Alat mulut kumbang terdiri daripada mandibel yang kuat digunakan untuk menggigit, mengerat atau mengunyah makanan yang terdiri daripada benda padat. Kumbang boleh didapati di pelbagai habitat daratan mahupun akuatik. Malah terdapat kumbang yang merupakan perosak bijirin yang disimpan, seperti kumbang beras dan kumbang tepung.
Rujukan
sunting- ^ Bouchard, P.; Bousquet, Y.; Davies, A.; Alonso-Zarazaga, M.; Lawrence, J.; Lyal, C.; Newton, A.; Reid, C.; Schmitt, M.; Ślipiński, A.; Smith, A. (2011). "Family-group names in Coleoptera (Insecta)". ZooKeys (88): 1–972. Bibcode:2011ZooK...88....1B. doi:10.3897/zookeys.88.807. PMC 3088472. PMID 21594053.
- ^ Powell, Jerry A. (2009). "Coleoptera". Dalam Resh, Vincent H.; Cardé, Ring T. (penyunting). Encyclopedia of Insects (ed. 2 (illustrated)). Academic Press. m/s. 1132. ISBN 9780123741448. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 14 November 2010. Cite has empty unknown parameter:
|chapterurl=
(bantuan) - ^ P. M. Hammond 1992. Species inventory. pp. 17–39 in Global Biodiversity, Status of the Earth’s Living Resources, B. Groombridge, ed. Chapman and Hall, London. 585 pp.
- ^ Arthur D. Chapman (2009). Numbers of Living Species in Australia and the World (PDF) (ed. 2nd). Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts. ISBN 978-0-642-56861-8. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2009-10-07. Dicapai pada 2011-03-29.
Pautan luar
suntingKetahui lebih lanjut tentang Beetle di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Kumbang |
Dichotomous Key mempunyai sebuah laman berkenaan topik: Coleoptera |