Columbia Pictures

Columbia Pictures Industries, Inc. (juga dikenali sebagai Columbia Pictures atau Columbia sahaja) ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedar filem Amerika Syarikat yang kini menanggotai Columbia TriStar Motion Picture Group milik Sony Pictures Entertainment, anak syarikat konglomerat Sony dari Jepun.[2]

Columbia Pictures Industries, Inc.
Nama dahulu
Columbia Pictures Corporation (1924–1968)
Pembahagian
IndustriFilem
PendahuluCohn-Brandt-Cohn (CBC) Film Sales Corporation (1918–1924)
Ditubuhkan10 Januari 1924; 99 tahun yang lalu (1924-01-10)
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
PengasasHarry dan Jack Cohn
Joe Brandt
Ibu pejabatCulver City, California, Amerika Syarikat
Tempat diberi khidmat
Seluruh dunia
Tokoh penting
Sanford Panitch (Presiden)
KeluaranWayang gambar
PemilikSony
IndukSony Pictures Entertainment
Laman sesawang rasmi
sonypictures.com
Catatan kaki / rujukan
[1]

Studio filem yang diasaskan pada tahun 1919 dengan nama Cohn-Brandt-Cohn Film Sales oleh adik-beradik Jack dan Harry Cohn dan Joe Brandt ini mengeluarkan filem cetera pertamanya pada Ogos 1922. Ia memakai nama Columbia Pictures pada tahun 1924 dan menjual sahamnya kepada umum dua tahun kemudian. Bermula sebagai syarikat kecil di Hollywood pada tahun-tahun terawalnya, Columbia makin berkembang pada akhir 1920-an atas dorongan hubungan yang erat dengan pengarah Crank Capra.

Pada tahun 1982, studio ini dibeli oleh syarikat Coca-Cola; pada tahun yang sama, Columbia berusaha bersama HBO dan CBS untuk melancarkan TriStar Pictures. Lima tahun kemudian, Columbia dilepaskan oleh Coca-Cola, lalu bergabung dengan Tri-Star untuk membentuk Columbia Pictures Entertainment. Setelah tidak lama bebas walaupun kepentingan kewangannya dijaga oleh Coca-Cola, studio gabungan Columbia dan Tri-Star itu akhirnya dibeli oleh Sony pada tahun 1989.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Divisions - Sony Pictures". sonypictures.com. Dicapai pada 7 June 2015.
  2. ^ "Sony, Form 20-F, Filing Date Jun 28, 2011" (PDF). secdatabase.com. Dicapai pada Mar 27, 2013.

BibliografiSunting

Pautan luarSunting