Crazy Love

Crazy Love merupakan sebuah filem Indonesia yang ditayangkan pada 22 Ogos 2013. Filem ini diarahkan oleh Guntur Soeharjanto dan dibintangi oleh Adipati Dolken dan Tatjana Saphira sebagai watak utama. Filem ini dikatakan mirip dengan filem Taiwan pada tahun 2011 yang bertajuk You Are the Apple of My Eye.

Crazy Love
Crazylove.jpg
PengarahGuntur Soeharjanto
Dihasilkan olehOdy Mulya Hidayat
DibintangiAdipati Dolken
Tatjana Saphira
Kemal Palevi
Herichan
Zidni Adam
Una Putri
Ira Wibowo
Harry de Fretes
Ray Sahetapy
Judika
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
22 Ogos 2013
Durasi tayangan
90 Minit
NegaraIndonesia
BahasaIndonesia

PelakonSunting

SinopsisSunting

Crazy Love mengisahkan cinta dan persahabatan semasa di sekolah menengah. Kumbang (Adipati Dolken) menjalani masa mudanya dengan santai tanpa memikirkan masa depannya bersama tiga kawannya iaitu Abdu (Kemal Pelevi), Daniel (Herichan) dan Basuki (Zidni Adam). Di sekolah mereka selalu menimbulkan masalah termasuk menggoda Olive (Tatjana Saphira) seorang wanita cantik dan pandai.

Kerana sikapnya tersebut, pelajaran Kumbang di sekolah menjadi teruk. Masalah itu juga membuatkan guru besar sekolahnya (Ray Sahetapy) marah kemudian menugaskan Olive untuk menjadi cikgu pembantu untuk Kumbang mengejar mata pelajarannya yang ia sudah tertinggal.

Pada awalnya, Olive menolak tugasan tersebut kerana dia tidak menyukai sikap Kumbang yang tidak pernah serius untuk belajar. Sebaliknya Kumbang menggunakan peluang ini untuk mendekati Olive dan membuktikan bahawa ada sesuatu yang special di dalam hatinya.

Pautan luarSunting

(Indonesia) Resensi di filmindonesia