Daerah Sentral Johor Bahru

Daerah Sentral Johor Bahru merupakan sebuah pusat komersial dan politik di kawasan bandaraya Johor Bahru di Johor, Malaysia.

Daerah Sentral Johor Bahru

DSJB Secara rasminya ditakrifkan sebagai kawasan dalam Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru yang merangkumi pusat bandaraya, Istana Bukit Serene, zoo bandar raya, Hospital Sultanah Aminah, Gerbang Selatan Bersepadu, Tambak Johor dan kompleks kastam.

Pusat untuk perniagaan sunting

Kawasan ini merupakan pusat bagi aktiviti perniagaan. Semua bank utama negara mempunyai cawangan di pusat bandaraya. Pusat membeli-belah utama seperti Johor Bahru City Square dan Kotaraya turut terletak didalam kawasan ini.

Pusat untuk kerajaan dan politik sunting

Kawasan ini juga merupakan pejabat kerajaan negeri Johor, cawangan-cawangan kerajaan negeri dan persekutuan serta pejabat parti politik.

Hab pengangkutan sunting

Kawasan ini juga menjadi pusat kepada Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kerajaan Malaysia di Tambak Johor.