Dato' Lembaga
Dato' Lembaga adalah gelaran seorang pemimpin yang mengetuai sesuatu suku dalam masyarakat Adat Perpatih[1]. Dato' Lembaga ini dipilih oleh para Buapak daripada beberapa Perut yang menjadi anggota sesuatu suku. Dato' Lembaga yang dilantik mestilah mendapat persetujuan daripada Undang atau Penghulu Luak. Tanggungjawab Dato' Lembaga meliputi hal ehwal anak buahnya di dalam suku yang diwakilinya. Ini termasuklah urusan harta pusaka dan pentadbiran tanah adat bagi anak-anak buahnya. Seseorang Dato' Lembaga itu boleh dipecat daripada jawatannya jika terbukti dia cuai atau bekelakuan yang tidak selayaknya.
Rujukan
sunting- ^ Nor Razifah Haji Abd Wahab (1994). Adat Perpatih : Struktur Organisasi, Sistem Sosial dan Perlantikan Undang (PDF). Kertas Projek Sarjana Muda Undang-Undang. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. m/s. 40–41.