Datuk Keramat

Datuk Keramat (Cina: 拿督科拉邁,[1] Jawi: داتوق كرامة) ialah suatu anutan tradisi kepercayaan Cina di Malaysia dan Singapura.

Jenis-jenisSunting

Datuk keramat diyakini ada sembilan jenis semuanya di mana masing-masing kecuali (yang kesembilan bongsu) dahulunya merupakan pendekar silat terkenal; mereka juga dikenali memiliki kekuatan magis yang besar. Penyembah biasanya berdoa kepada Datuk untuk perlindungan, kesihatan yang baik, dan semoga sukses, dan kadang-kadang mencari bantuan untuk mengatasi masalah mereka.

Berikut adalah sembilan Datuk dinamai sesuai dengan "usia" mereka dari yang tertua sampai yang termuda:

  1. Datuk Panglima Ali
  2. Datuk Panglima Hitam
  3. Datuk Panglima Harimau
  4. Datuk Panglima Hijau
  5. Datuk Panglima Kuning
  6. Datuk Panglima Putih
  7. Datuk Panglima Bisu
  8. Datuk Panglima Merah
  9. Datuk Panglima Bongsu

Gelaran dengan nama warna dalam seberapa "Datuk-Datuk" ini merujuk juga kepada peranan mereka yang tersendiri: Datuk Panglima Kuning diamanahkan menjaga masyarakat sesebuah kawasan, Panglima Hijau pula diamanahkan menjaga alam sekitar.[2]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Bernard Ng Jia Han (吳佳翰) (2020). "從神殿、英靈到蟻丘:沙巴拿督公信仰的多樣實踐" (PDF). Asia-Pacific Research Forum (dalam bahasa Cina). Academia Sinica (67): 41–76.
  2. ^ Cheu H. T. (1992). "The Datuk Kong Spirit Cult Movement in Penang: Being and Belonging in Multi-Ethnic Malaysia". Journal of Southeast Asian Studies. 23 (2): 387.