Dejima
Dejima (出島 , "pulau menganjur"; [Desjima atau Deshima] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), ialah sebuah pulau buatan berbentuk kipas yang terletak di teluk Nagasaki dan berfungsi sebagai pos perdagangan Belanda ketika Jepun mengamalkan dasar pemencilan diri (sakoku) pada zaman Edo, dari tahun 1641 hingga 1853.
Sejarah
suntingPulau buatan ini dibina pada tahun 1634 atas perintah Iemitsu, dengan tujuan asal menyediakan penginapan kepada para saudagar Portugis yang menetap di Nagasaki. Namun, setelah tercetusnya pemberontakan oleh masyarakat beragama Kristian di kawasan Shimabara-Amakusa, kerajaan Tokugawa bertindak mengusir semua warga Barat beragama Katolik, kecuali pekerja Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostindische Compagnie, VOC) yang berbangsa Belanda.
Sejak tahun 1609, pihak Belanda menggiatkan sebuah pos perdagangan di pulau Hirado. Pada kemuncaknya, pos perdagangan Hirado menduduki kawasan yang luas.[1] Pada tahun 1637 dan 1639, gedung batu dibina dalam lingkungan pos perdagangan ini, terpahat padanya tarikh mengikut takwim Kristian.
Tanpa ketibaan kapal Portugis tahunan dari Macau, ekonomi Nagasaki menerima padah yang teruk. Dalam mencari jalan untuk memindahkan pos perdagangan Belanda, pegawai kerajaan Jepun memaksa pihak Belanda berpindah dari Hirado ke Dejima.[2]
Mulai tahun 1641, hanya kapal-kapal China dan Belanda dibenarkan masuk ke Jepun.
Perdagangan
suntingMula-mulanya, Belanda memperdagangkan sutera, kapas, dan materia medika dari China dan India, tetapi kemudian gula semakin penting. Selain itu, kulit rusa dan ikan jerung diangkut ke Jepun dari Taiwan, di samping bahan bacaan, peralatan sains dan banyak lagi barang-barang buatan Eropah yang jarang didapati. Sebagai balasan, Jepun memperdagangkan tembaga, perak, kapur barus, tembikar, perkakas sampang dan juga beras kepada Belanda.
Tambahan pula, perdagangan peribadi para pekerja VOC di Dejima menjadi punca pendapatan penting. Lebih 10,000 buku ilmiah asing yang meliputi pelbagai subjek sains dijual kepada orang Jepun dari akhir abad ke-18 hingga awal abad ke-19, sehingga menjadi punca utama pergerakan Rangaku (ilmu Belanda).
Kronologi Dejima
sunting- 1550: Kapal Portugis menjengah Hirado.
- 1570: Pelabuhan Nagasaki dibuka untuk berdagang, enam blok bandar dibina.
- 1571: Kapal Portugis pertama memasuki Pelabuhan Nagasaki.
- 1580: Omura Sumitada menyerahkan bidang kuasa Nagasaki dan Mogi kepada kumpulan Jesuit.
- 1588: Toyotomi Hideyoshi menguasai terus Nagasaki, Mogi, dan Urakami dari Jesuit.
- 1609: Syarikat Hindia Timur Belanda membuka kilang di Hirado. Ia tutup pada tahun 1623.
- 1612: Kerajaan feudal Jepun mengeluarkan dekri pengharaman pengkristianan penduduk tanah Bakufu.
- 1616: Segala perdagangan dengan bangsa asing kecuali China terhad kepada Hirado dan Nagasaki.
- 1634: Bermulanya pembinaan Dejima.
- 1636: Dejima siap dibina; pihak Portugis ditahan di Dejima (Titah-Perintah Pemencilan Negara Keempat).
- 1639: Kapal Portugis dilarang memasuki Jepun. Maka, Portugis diusir dari Dejima.
- 1641: Syarikat Hindia Timur Belanda di Hirado berpindah ke Nagasaki.
- 1649: Doktor bedah Jerman, Caspar Schamberger datang ke Jepun.
- 1662: Sebuah kedai dibuka di Dejima untuk menjual tembikar Imari.
- 1673: Kapal Inggeris "Return" memasuki Nagasaki, tetapi kerajaan menolak permintaannya untuk berdagang.
- 1678: Jambatan yang menghubungkan Dejima dengan pantai diganti oleh jambatan batuan.
- 1690: Tabib Jerman, Engelbert Kaempfer tiba di Dejima.
- 1696: Gedung kargo sekunder siap dibina di Dejima.
- 1698: Persatuan perdagangan Nagasaki Kaisho ditubuhkan.
- 1699: Pintu Laut dibina di Dejima.
- 1707: Paip air dipasang di Dejima.
- 1775: Carl Thunberg memulakan kerja sebagai tabib di Dejima.
- 1779: Doktor bedah Isaac Titsingh tiba untuk mula berkhidmat sebagai "Opperhoofd".
- 1798: Berbilang bangunan, termasuk Kediaman Ketua Pengilang, musnah akibat Kebakaran Besar Kansei di Dejima.
- 1804: Duta Rusia N.P. Rezanov melawat Nagasaki untuk meminta jalinan perdagangan antara Jepun dan Rusia.
- 1808: Berlakunya Peristiwa Phaeton.
Catatan
suntingKoordinat: 32°44′37″N 129°52′23″E / 32.743525°N 129.873022°E