Derby Romero

Pengarah filem dan pelakon lelaki Indonesia

Derby Romero (lahir di Bandung, 8 Jun 1990; umur 33 tahun) merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit, dan pengarah Indonesia.

Derby Romero
Kelahiran
Martua Rumeru Derby Nainggolan

(1990-06-08) 8 Jun 1990 (umur 33)
Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Warganegara Indonesia
Nama lainDerby Romero
Pekerjaan
Tahun aktif2000—kini
PasanganClaudia Adinda (k. 2017)
Anak-anak1

Kerjaya sunting

Derby mula dikenali selepas memainkan peranan dalam filem Petualangan Sherina sebagai penampilan sulungnya pada tahun 2000.

Namanya semakin dikenali selepas membintangi sinetron Kepompong pada 2008 bersama Aryani Fitriana, Mikha Tambayong, Dinda Kirana, dan Tania Putri.

Selain berlakon, Derby turut mencuba dunia nyanyian. Pada tahun 2002 beliau melancarkan album solo pertamanya sebagai penyanyi kanak-kanak, bertajuk Tangguh. Album ini dihasilkan oleh bapanya sendiri. Namun, album ini kurang begitu dikenali. Pada tahun 2008, dengan bekerjasama dengan Iras Dollaren, beliau membentuk Duo Derby dan melancarkan single pertama mereka bertajuk "Gelora Asmara". Lagu ini merupakan salah satu lagu tema untuk sinetron Kepompong yang dibintanginya.

Pada album kedua, Derby membentuk kumpulan muzik bernama Derby dan The Revolution, yang ahlinya ialah Iras, Banes, Yudi, dan juga Raul.

Derby pernah berduet dengan Abby dengan lagu bertajuk "Walau Tak Bisa Kumiliki".

Derby mempunyai perniagaan yang dipanggil Flash Rabbit Garage.[1]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Claudia Adinda. Mereka berdua telah menjalani majlis perkahwinan dan resepsi di Bali pada 14 Oktober 2017 mengikut agama Kristian Protestan. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Millicent Mae Bea Nainggolan pada 20 Januari 2022.

Filemografi sunting

Filem sunting

Sebagai pelakon sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Petualangan Sherina Sadam Ardiwilaga Karya sulung
2003 Janus: Prajurit Terakhir Mayo
2010 Love in Perth Dhani
2015 Pizza Man Derby
2016 ILY from 38.000 FT Rimba
Pinky Promise Rama
2018 London Love Story 3 dr. Rio
2019 Orang Kaya Baru Duta
Sekte Sony
2021 Persahabatan Bagai Kepompong Derby
Gas Kuy David
2023 Zodiac: Apa Bintangmu? Tim "The Capricorn"
Petualangan Sherina 2 Sadam Ardiwilaga

Sebagai pembuat filem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penerbit
2019 MatiAnak Ya Tidak
Sekte Tidak Penerbit dan penerbit eksekutif
2020 Mobil Bekas dan Kisah-Kisah dalam Putaran Tidak Ya
2021 Gas Kuy Ya Penerbit eksekutif

Sinetron sunting

FTV sunting

  • Malaikat Yang Hilang
  • Ratu Branded In Love
  • Siaran Cinta Di Love FM sebagai VJ Erik
  • Tak Ada Cinta Yang Lain
  • Cinta Obat Patah Hati (2013) sebagai Andika
  • Pacarku SuperStar (2013) sebagai Romeo
  • Tunjuk Satu Cinta
  • Cinta Si Alay Lebay
  • Tukang Mie Secantik Julia Roder
  • Supir Cantik Anak Geng Motor
  • Lovepedia : Ada Cinta Di Locker No.9 (2016) sebagai Tito
  • Argo Cinta Anak Jalanan (2016) sebagai Edo
  • Dibajak Cinta Penjual Kaset (2016)

Diskografi sunting

Album sunting

  • Tangguh (2002)
  • Derby (2009)

Single sunting

  • "Kuasa Cintamu"
  • "Dan Aku"
  • "Studi Banding"
  • "Walau Tak Bisa Kumiliki" ft. Abby Galabby
  • "Cinta Takkan Salah" ft. Gita Gutawa

Penghargaan sunting

  • SCTV Awards - Aktor Pendamping Paling Ngetop (Menang) - 2012
  • Movie Awards - Original SoundTrack Terfavorit Bersama Gita Gutawa (Menang)
  • FFI 2004 - Nominasi Aktor Utama Terbaik (Petualangan Sherina)

Presenter sunting

Referensi sunting

  1. ^ "Derby Romero: Hidupkan Hobi Lewat Flash Rabbit Custom Garage". Blackxperience.com. Dicapai pada 12 Mac 2019.

Pranala luar sunting