Dewan Eropah ialah lembaga Kesatuan Eropah yang dianggotai oleh ketua negara atau pemimpin pemerintah negara anggota ditambah Presiden Dewan Eropah dan Presiden Suruhanjaya Eropah. Pesuruhjaya Tinggi Bidang Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah juga menghadiri rapat. Lembaga ini ditugaskan mendefinisikan arah politik dan keutamaan Kesatuan Eropah (EU).[1] Dewan ditubuhkan secara informal pada tahun 1975, lalu dirasmikan sebagai sebuah lembaga pada tahun 2009 ketika Perjanjian Lisbon berlaku. Presiden Dewan Eropah kini ialah Charles Michel, bekas Perdana Menteri Belgium.

Dewan Eropah
European Council (en) Sunting nilai ini di Wikidata
Kerangka
Jenis/bentuk sahJawatan presiden kolektif EU
Tapak webDewan Eropah
Facebook: eucouncil Twitter: EUCouncil Instagram: eucouncil LinkedIn: eucouncil Youtube: UCLPG_xkgSWeWnOhBsi-jxCA Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk1961 (informal)
2009 (formal)
Pengurusan
PengerusiAntónio Costa Sunting ini di Wikidata
PresidenCharles Michel
Pertubuhan indukKesatuan Eropah Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatEuropa building Sunting ini di Wikidata
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perihal

sunting

Meskipun tidak memiliki kuasa perundangan formal, Dewan Eropah ialah lembaga strategi (dan pencari penyelesaian krisis) yang menetapkan hala tuju politik dan keutamaan Kesatuan Eropah dan bertindak sebagai kepresidenan kolektif. Suruhanjaya Eropah tetap satu-satunya perintis undang-undang, tetapi Dewan Eropah dapat memberi panduan dasar perundangan.[2][3]

Pertemuan Dewan Eropah, biasa disebut Sidang Kemuncak EU, dipimpin oleh presiden dan diadakan dua kali setiap enam bulan.[1] Mesyuarat biasanya dilakukan di Bangunan Eropah di Brussels.[4] Dewan Eropah mengambil keputusan berdasarkan persetujuan, melainkan sudah ditentukan sebaliknya oleh Perjanjian Kesatuan Eropah.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Consolidated versions of the Treaty on European Union and the Treaty on the functioning of the European Union" (PDF).
  2. ^ Art. 13 et seq of the Treaty on European Union
  3. ^ Gilbert, Mark (2003). Surpassing Realism – The Politics of European Integration since 1945 (page 219: Making Sense of Maastricht). Rowman & Littlefield. Dicapai pada 23 August 2011.
  4. ^ "EUROPA – The European Council: Presidency Conclusions". European Commission. Dicapai pada 11 December 2011.
  5. ^ Art. 15(4) of the Treaty on European Union

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting