Dewan Undangan Negeri Belia Terengganu
Dewan Undangan Negeri Belia Terengganu atau DUN Belia Terengganu merupakan sebuah platform seumpama Dewan Undangan Negeri dalam sistem legislatif negeri bagi belia di negeri Terengganu. Ia dikelola oleh Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.
Persidangan kali pertama
suntingPersidangan kali pertama berlangsung selama tiga hari[1] iaitu 22-24 Disember 2019 dan menyaksikan seramai 37 ADUN Belia iaitu 26 lelaki dan 11 wanita yang mewakili DUN masing-masing pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama 2019. Seramai 32 orang terdiri daripada lelaki dan perempuan mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, seorang mewakili kuota ADUN Wanita dan empat orang menerima kemasukan khas iaitu mereka yang telah menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia mewakili negeri Terengganu. Kesemua mereka dilantik selepas melalui proses temuduga yang dijalankan pada 29 Oktober 2019, kecuali Ahli Parlimen Belia[2]. Sepanjang persidangan kali pertama berlangsung, DUN Belia Terengganu menerima kunjungan daripada seorang ahli Parlimen dari Palestin, Khalil Al-Hayya[3], dan rombongan daripada DUN Belia Kelantan dan Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Yang Dipertua DUN Belia Terengganu untuk persidangan kali pertama ini ialah YB Hishamuddin Abdul Karim[4].
Ahli Dewan Undangan Negeri Belia Terengganu
suntingBerikut merupakan senarai Ahli DUN Belia Terengganu bagi penggal 2019.
# | Kawasan | Nama |
---|---|---|
1 | Kuala Besut | Muhammad Syamim Farouk Mohd Sobri |
2 | Kota Putera | Ahmad Azharuddin Abdul Sattar |
3 | Jertih | Muhammad Syamil Mohamad Suhaimi |
4 | Hulu Besut | Muhammad Farhan Shalahhudin |
5 | Jabi | Nur Ain Munirah Ya Omar |
6 | Permaisuri | Ahmad Zakwan Zakaria |
7 | Langkap | Ariss Alias |
8 | Batu Rakit | Abdul Kahar Hamzah |
9 | Tepuh | Muhammad Haziq Mashudi |
10 | Buluh Gading | Mohd Shafie Ghazali |
11 | Seberang Takir | Siti Nor Sarah Aqilla Md Razali |
12 | Bukit Tunggal | Nurul Nabihah Mat Rasid |
13 | Wakaf Mempelam | Muhammad Anuar Omar |
14 | Bandar | Norhidayah Ab Razak |
15 | Ladang | Amirah Liyana Ahmad Nazli |
16 | Batu Buruk | Muhammad Akid Hafriz Muhamad. |
17 | Alur Limbat | Nur Fatin Raihanah Sulaiman |
18 | Bukit Payung | Fatin Nadiah Salahuddin |
19 | Ru Rendang | Fatimah Din |
20 | Pengkalan Berangan | Muhammad Husaif Mamat |
21 | Telemung | Mohamad Yusuf Abdullah |
22 | Manir | Mohd Shaheer Ibrahim |
23 | Kuala Berang | Che Wan Amir Che Wan Mansor |
24 | Ajil | Ahmad Faizuddin Ismail |
25 | Bukit Besi | Ahmad Waliyuddin Johari |
26 | Rantau Abang | Abdullah Fahim Husin |
27 | Sura | Ahmad Mukrim Adnan |
28 | Paka | Mohd Ariff Embong |
29 | Kemasik | Nurul Hidayat Ibrahim |
30 | Kijal | Iskandazaqwan Zikrullah Zainudin |
31 | Cukai | Amirul Izhan Ishak |
32 | Air Putih | Mohamad Reeza Abd Patah |
33 | Wanita | Nur Nadhirah Che Alias |
34 | Khas - Parlimen Belia | Muhammad Nadzir bin Abdullah |
35 | Khas - Parlimen Belia | Mohd Shohaimil Haffiz Salleh |
36 | Khas - Parlimen Belia | Roshaiful Izlan Ismail |
37 | Khas - Parlimen Belia | Wan Nur Najihah Wan Dali |
SUmber: Facebook UBSNT
Rujukan
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-27. Dicapai pada 2019-12-27.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-27. Dicapai pada 2019-12-27.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-27. Dicapai pada 2019-12-27.
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/63248/EDISI/Terengganu/ADUN-Belia-Terengganu-diingatkan-jangan-salah-guna-gelaran