Dhotī atau doti ialah pakaian tradisi untuk kaum lelaki di tanah benua India[1] terdiri daripada kain empat segi panjang berwarna putih yang dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan bahagian depan atau belakang. Ia juga dipakai oleh lelaki India semasa perkahwinan dan juga semasa hari perayaan.

Kain dhoti dipakai dua orang lelaki di Delhi, India

Kain asas ini boleh datang dalam pelbagai warna malah berhias sulam atau manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu. Semasa perkahwinan lelaki India mengenakan "pattu veshti" iaitu, pakaian yang berwarna kuning muda.

PeristilahanSunting

Nama kain ini berasal dari Bahasa Sanskrit: धौती dhauti "[kain] basuhan"[2] yakni kain yang sering dibasuh untuk pemakaian seharian.[3]:129 Perkataan ini diturunkan atau diserapkan melalui pinjaman kepada banyak bahasa lain serata tanah India:

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Indian Dhoti". Indian Mirror. Diarkib daripada yang asal pada 29 July 2020. Dicapai pada 3 January 2021.
  2. ^ "dhauti". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskri. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  3. ^ Govind Sadashiv Ghurye (1951) Indian Costume

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.