Diari Mat Despatch

Diari Mat Despatch ialah siri novel yang diterbitkan di Malaysia. Ia ditulis oleh Bahruddin Bekri. Siri diari ini mempunyai enam buah diterbitkan di bawah PTS Publishing House.

Diari Mat Despatch
  • Diari Mat Despatch (2010)
  • Diari Mat Despatch Lelaki Baik (2010)
  • Diari Mat Despatch Hati Emak (2011)
  • Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati (2011)
  • Diari Mat Despatch: Naluri Ayah (2012)
  • Diari Mat Despatch: Haru-Biru (2014)
  • Trilogi Mat Despatch (2014)

PengkaryaBahruddin Bekri
BahasaBahasa Melayu
PenerbitPTS Media Group
Tahun terbit2010–2014

Sinopsis sunting

Novel ini mengisahkan mengenai catatan diari yang ditulis oleh Rayyan yang merupakan Mat Despatch di bandaraya Kuala Lumpur. Rayyan ingin memohon kerja di sebuah syarikat penerbitan sebagai seorang editor, dan diari ini ditulis oleh Rayyan atas tujuan untuk memperbaiki bahasa Melayu supaya diterima menjadi editor buku di syarikat itu. Kemudian, diari tersebut berubah menjadi catatn hidup bagi melegakan perasaannya dan membuatkannya tenang.

Siri novel sunting

Novel tunggal sunting

  • Diari Mat Despatch, diterbitkan pada 14 Mac 2010
  • Diari Mat Despatch Lelaki Baik, diterbitkan pada 20 Disember 2010
  • Diari Mat Despatch Hati Emak, diterbitkan pada 30 April 2011
  • Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati, diterbitkan pada 19 Disember 2011
  • Diari Mat Despatch: Naluri Ayah, diterbitkan pada 18 September 2012
  • Diari Mat Despatch: Haru-Biru, diterbitkan pada 5 Februari 2014

Trilogi sunting

  • Bahruddin Bekri (2014). Trilogi Mat Despatch. PTS Publishing House. ISBN 978-967-401-288-5. Trilogi ini menggabungkan tiga buah novel terdahulu iaitu: Diari Mat Despatch (2010), Diari Mat Despatch: Lelaki Baik (2010) dan Diari Mat Despatch: Hati Emak (2011)

Pautan luar sunting

Rujukan sunting