Diwani ialah satu daripada beberapa gaya skrip seni khat Islam. Ia skrip melengkung yang dikembangkan semasa zaman awal pemerintahan Uthmaniyyah (abad ke-16 hingga awal abad ke-17). Ia direka oleh Housam Roumi dan kemuncak penggunaannya tercapai semasa pemerintahan Suleyman I Agung (1520–1566).

Sampel skrip Diwani oleh Mehmed Izzet Efendi (1841–1904), Istanbul, Turki.


Ia digelar skrip Diwani oleh sebab ia digunakan oleh pihak Uthmaniyah untuk pangkat Diwan dan merupakan salah satu rahsia istana sultan. Peraturan tentang penulisan skrip tidak diketahui orang ramai, tetapi terhad kepada pakar-pakarnya dan anak murid yang pintar. Skrip ini digunakan bagi menulis semua perintah, pemberian dana dan resolusi kerajaan sultan.

JenisSunting

Skrip Diwani dibahagikan kepada dua jenis:

1. Gaya Diwani Riq'a, yang tidak memiliki hiasan; garisnya lurus melainkan pada bahagian bawah huruf.

2. Gaya Diwani Jeli atau gaya jelas. Tulisan jenis ini dibezakan dengan kehadiran huruf berkait dan garis lurus dari atas hingga ke bawah. Ia berselang-seli dan dibuat agar kelihatan satu. Huruf-huruf berkait membuatnya sukar dibaca atau ditulis, dan juga sukar ditiru.

 
 

Diwani ditandai kecantikan dan keharmonian, hasil karya yang kecil dan tepat dianggap lebih cantik daripada yang besar. Ia masih digunakan dalam persuratan para raja, putera dan presiden, dan pada upacara rasmi serta kad ucapan selamat dan dianggap bernilai tinggi.

Lihat jugaSunting

Seni khat Islam

Pautan luarSunting

(Inggeris) Sampel skrip Diwani